Harian Metro

Peniaga dituduh cabul remaja

-

Melaka: Seorang peniaga sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam, atas tuduhan melakukan amang (gangguan) seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan tingkatan tiga, 16 Disember tahun lalu.

Bagaimanap­un tertuduh, Muhammad Khairul Nizam Shah Johari, 20, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Khairul Nizam didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar perempuan berusia 15 tahun pada jam 12 tengah hari, 16 Disember 2017 di sebuah pusat karaoke di Mahkota Parade, di sini.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, prosiding dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi mencadangk­an mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh, manakala tertuduh yang diwakili Peguam Bela M Pusppa dan Azhar Ghazali memohon jaminan diberikan memandangk­an tertuduh penanggung tunggal dalam keluarga.

Meor Sulaiman pada penghakima­nnya kemudian membenarka­n tertuduh dijamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dikenakan, tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampira­n setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 ??  ?? MUHAMMAD Khairul
MUHAMMAD Khairul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia