Harian Metro

Tiga hari seminggu jual nombor ekor

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 Suspek bergerak solo sasar pemandu teksi di KLIA ditahan

Bekerja hanya tiga hari seminggu, bergerak secara solo dan menjadikan pemandu teksi sekitar tempat letak kereta jangka panjang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebagai pelanggan utama.

Itu modus operandi dilakukan seorang lelaki berusia 47 tahun yang juga penjual nombor ekor bergerak yang ditahan Bahagian Antimaksia­t, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam satu operasi di KLIA, semalam.

Pegawai D7 IPK Selangor Inspektor Azrul Izwan Abdul Latif berkata, suspek ditahan kira-kira jam 3 petang ketika berurusan dengan seorang lelaki disyaki pelanggan di sekitar kawasan tempat letak kenderaan berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit menjalanka­n kegiatan sejak setahun lalu dan mampu meraih pendapatan lebih RM3,000 sebulan.

“Suspek yang bekerja sebagai pemasang jubin hanya bekerja tiga hari seminggu iaitu Sabtu, Ahad dan Rabu dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

“Dia akan berjalan sekitar tempat letak kenderaan di situ untuk mencari pelanggan dan menjual tiket nombor ekor kepada pemandu teksi bermula dari harga serendah RM1 hingga RM20.

“Bagaimanap­un, tiket nombor ekor itu akan diberikan melalui SMS saja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Azrul Izwan berkata, nombor yang dimenangi pelanggan juga akan dimaklum melalui SMS.

Difahamkan, bagi setiap RM1 nombor yang dibeli, lelaki terbabit akan mendapat komisen 12 sen.

Malah, suspek dikatakan melakukan kegiatan itu secara sampingan untuk mendapatka­n pendapatan tambahan bagi menyara keluarga.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas suspek kami menemui wang tunai dipercayai hasil penjualan nombor ekor yang dianggarka­n berjumlah RM4,345, buku 555 dan dua telefon pintar,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK yang bekerja sebagai pemasang jubin cari duit sampingan jual nombor ekor kepada pemandu teksi.
SUSPEK yang bekerja sebagai pemasang jubin cari duit sampingan jual nombor ekor kepada pemandu teksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia