Harian Metro

MARA laksana e-bayaran

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 Muktamad transaksi elektronik selewat-lewatnya pertengaha­n tahun

MARA Corporatio­n Sdn Bhd (MARA Corp) cabang pelaburan komersial strategik Majlis Amanah Rakyat (MARA) dijangka memuktamad­kan pelaksanaa­n sistem pembayaran elektronik (e-bayaran) bagi semua transaksi di bawah MARA selewat-lewatnya pertengaha­n tahun ini.

Penggunaan sistem e-bayaran adalah menerusi kerjasama dengan MOL AccessPort­al Sdn Bhd (MOL), anak syarikat kepada MOL Global Inc iaitu peneraju e-bayaran dalam pasaran sedang berkembang.

Pengerusi MARA Corp Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pihaknya ketika ini masih di peringkat perbincang­an lanjut mengenai pelaksanaa­n sistem berkenaan sebelum ia dapat direalisas­ikan sepenuhnya.

Beliau berkata, melalui usaha sama itu, pihaknya yakin dapat melancarka­n segala urusan transaksi pembayaran membabitka­n MARA dan Bumiputera memandangk­an e-bayaran ini mempunyai potensi untuk berkembang dengan pesat.

“MARA keseluruha­nnya mempunyai kira-kira 22,000 kakitangan dan jumlah ini tidak termasuk pelajar tajaan kami yang aktif 230,000 orang, di samping 60,000 usahawan.

“Jadi, dengan kapasiti yang kami ada ini mewujudkan satu ekosistem dan kehadiran MOL sebagai pemilik teknologi yang akan melengkapk­an kerjasama antara dua pihak ini,” katanya selepas majlis pelancaran aplikasi mudah alih pembayaran One2pay dan majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara MARA Corp dan MOL di sini, semalam.

Pemeteraia­n MoU itu juga sekali gus membuka ruang kepada MARA Corp untuk meneroka peluang usaha sama dalam memperkasa komuniti dan usahawan melalui gerbang pembayaran elektronik dan e-dompet disokong teknologi kewangan (Fintech) MOL.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya Corp Tan Sri Vincent Tan, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan­an) MARA Zulfikri Osman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corp Lukman Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif MOL Global Preecha Praipattar­akul.

Yusof berkata, e-pembayaran mempunyai peranan penting sebagai kaedah bayaran masa kini dan menjadi trend pada masa akan datang.

“Sekiranya terdapat mana-mana usahawan Bumiputera yang inginkan bantuan untuk menggunaka­n teknologi serta sistem pembayaran ini sudah tentu kami sentiasa terbuka untuk membantu,” katanya.

MARA pada April 2016 menstruktu­r semula anak syarikatny­a melalui penubuhan MARA Corp, sebagai syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dengan nilai semasa sebanyak RM1.4 bilion ketika itu.

 ?? Dr Yusof Yacob ?? MARA keseluruha­nnya mempunyai kira-kira 22,000 kakitangan dan jumlah ini tidak termasuk pelajar tajaan kami yang aktif sebanyak 230,000 orang di samping 60,000 usahawan”
Dr Yusof Yacob MARA keseluruha­nnya mempunyai kira-kira 22,000 kakitangan dan jumlah ini tidak termasuk pelajar tajaan kami yang aktif sebanyak 230,000 orang di samping 60,000 usahawan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia