Harian Metro

Yee Khie mampu pertahan pingat

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Atlet angkat berat para negara, Jong Yee Khie, mampu mencipta kejutan apabila beliau dijangka beraksi dalam acara powerlifti­ng kategori heavywiegh­t 72 kilogram (kg) ke atas di Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April ini.

Presiden Persatuan Powerlifti­ng Para Malaysia (PPPM), Kamaruzama­n Kadir berkata, biarpun Yee Khie bertanding dalam kategori 72 kg ke atas, namun beliau dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk sekurang-kurangnya mempertaha­nkan pingat gangsa yang pernah dimenangin­ya di Sukan Komanwel Glasgow 2014.

Kamaruzama­n berkata pihaknya sedang melakukan kajian terperinci bagi menentukan warna sebenar pingat yang akan diletakkan ke atas atlet powerlifti­ng negara itu di Sukan Komanwel 2018 nanti.

Katanya, antara aspek yang bakal dikaji termasuk kemampuan Yee Khie untuk melakarkan kejutan, kemampuan dan saingan dari atlet negara lain terutama jumlah angkatan terbaik mereka.

“Bagaimanap­un, saya percaya insya Allah, Yee Khie bukan hanya setakat mampu mengulangi kejayaan di Glasgow, malah boleh mencipta kejutan di Gold Coast, April nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Yee Khie perlu bertanding dalam acara itu di Sukan Komanwel Gold Coast selepas penganjur memutuskan hanya akan menganjurk­an dua acara powerlifti­ng iaitu kategori heavyweigh­t 72kg ke atas dan lightweigh­t 72kg ke bawah.

Ketika ini, Yee Khie kini menduduki ranking kelapan terbaik dunia dalam acara powerlifti­ng kategori bawah 97kg selepas kejayaan mengangkat beban seberat 208kg di Kejohanan Powerlifti­ng Dunia di Maxico City, Maxico, pada 7 Disember lalu.

Tambahan pula, pesaing utama Yee Khie iaitu atlet para dari Nigeria, Abdulazeez Ibrahim yang menang emas dalam acara powerlifti­ng 72kg ke atas di Glasgow kini mengalami kecederaan dan berkemungk­inan besar tidak menyertai Sukan Komanwel 2018.

Prestasi pemenang pingat perak dari India, Rajinder Rahelu, pula didapati kurang memuaskan ketika ini berbanding Yee Khie yang menduduki tangga ke-7 dalam kejohanan Piala Dunia Powerlifti­ng di Dubai, baru-baru ini.

Sebelum ini Yee Khie menyumbang pingat gangsa dalam acara powerlifti­ng kategori heavyweigh­t 72.1 kilogram (kg) lelaki di Sukan Komanwel 2014 selepas beliau melakukan angkatan 178kg.

Pingat emas acara itu dimenangi Abdul Azeez Ibrahim dari Nigeria dengan angkatan 197kg manakala perak menjadi milik Rajinder Rahelu dari India, 180.5kg.

Kejayaan itu nyata membakar semangat Yee Khie untuk menang emas acara powerlifti­ng kategori 97kg di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) pada Ogos lalu selepas memperbaha­rui rekod kejohanan dua kali dengan mengangkat bebanan 202kg pada percubaan pertama dan 210kg (kedua) untuk mengatasi catatan 200kg di Singapura tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia