Harian Metro

TM cari dana dapatkan khidmat jurulatih baru

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Taekwondo Malaysia (TM) akan mencari dana sendiri dalam usaha badan induk itu melantik seorang jurulatih baru bagi menggantik­an Kim Hong Gon yang ditamatkan kontraknya pada hujung tahun lalu.

Pengarah Teknikal TM, R Dhanaraj (gambar) berkata, usaha itu perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaska­n persiapan atlet kebangsaan menghadapi beberapa kejohanan sepanjang tahun ini termasuk Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan.

“Kami sudah mengadakan perbincang­an dengan ahli majlis untuk mencari dana bagi membayar gaji dan elaun jurulatih serta atlet.

“Jurulatih lama (Hong Gon) sudah tidak mahu lagi menjadi jurulatih dan untuk itu, kami sedang berusaha untuk mendapatka­n seorang jurulatih dari Korea Selatan yang lebih muda untuk menggantik­an tempatnya.

“Kami perlu melakukan perkara ini dengan segera kerana tidak mahu barisan atlet seperti Rozaimi Rozali terjejas persiapann­ya untuk ke Sukan Asia,” katanya.

Jelas Dhanaraj, penasihat TM dari Korea Selatan, Profesor Kwon Bong Ann akan memberikan nama calon jurulatih yang berkelayak­an untuk penilaian badan induk itu.

“Beliau sudah berada di sini dan akan mengadakan perbincang­an dengan kami,” katanya.

Untuk itu, Dhanaraj berharap mana-mana pihak yang sudi untuk membantu mereka supaya dapat tampil ke hadapan.

Menerusi laporan semalam, Rozaimi yang kini muncul satu-satunya atlet elit negara berharap TM dapat melantik jurulatih baru bagi menggantik­an tempat Hong Gon.

Ini kerana, pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) itu ketika ini hanya menjalani latihan bersendiri­an dengan dibantu jurulatih pelapis selain berlatih bersama rakan sepelatih daripada skuad pelapis.

Rozaimi yang beraksi dalam acara kyorugi bawah 68 kilogram, adalah prospek utama untuk meraih pingat pada temasya Sukan Asia.

Taekwondo sebelum ini digugurkan daripada senarai 19 sukan teras MSN sekali gus menyukarka­n TM untuk mengekalka­n Hong Gon serta barisan atlet elit yang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia