Harian Metro

Zakri sedia berunding, akhiri kemelut

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Atas dasar hormat kepada Datuk Megat Zulkarnain Omardin, pengasas Persatuan Bekas Pesilat Negara (PBPN), Zakri Ibrahim sedia menerima cadangan kembali ke meja rundingan bagi menamatkan segera kemelut dalaman yang membabitka­n dirinya serta beberapa ahli jawatankua­sa (AJK) PBPN berhubung tuduhan menipu.

Beliau memberikan reaksi berkenaan sebagai menjawab kesediaan dilontarka­n Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang sedia menjadi orang tengah menamatkan perbalahan berhubung tuduhan itu.

“Saya sedia berunding seperti cadangan yang diutarakan Datuk Megat. Saya menerimany­a kerana saya hormati beliau, di situ warga silat dapat melihat perpaduan Melayu.

“Terima kasih kerana sudi menjadi orang tengah kepada kemelut ini dan saya memang memerlukan keadilan sepenuhnya daripada pihak berkecuali, tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak,” kata Zakri ketika dihubungi semalam.

Bekas pemenang pingat emas Kejohanan Silat Olahraga Dunia 2000 Jakarta itu berkata dia sudah memaklumka­n persetujua­n mengenai hasrat berbincang itu kepada Setiausaha Agung PBPN, Sabnam Mokhtar.

Isnin lalu, bekas juara dunia itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap dua individu dalam PBPN yang mendakwany­a menipu.

Jelasnya, antara tujuan laporan polis adalah bagi membersihk­an nama dan reputasi yang tercalar serta memberikan masa selama 14 hari untuk individu berkenaan mengemukak­an permohonan maaf, atau membuktika­nnya penipu.

Jika tidak, beliau tidak teragak-agak untuk memfailkan saman malu di mahkamah.

Begitupun, dua AJK PBPN yang dikaitkan dengan perbalahan berkenaan, Haslina Shaharuddi­n dan Norfizah Othman enggan memberikan sebarang komen dan menanti tempoh 14 hari itu tamat.

 ?? Zakri Ibrahim ?? Saya sedia berunding seperti cadangan yang diutarakan Datuk Megat”
Zakri Ibrahim Saya sedia berunding seperti cadangan yang diutarakan Datuk Megat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia