Harian Metro

Hatrik Vietto julang Valencia

- Reuters

Luciano Vietto meledak hatrik termasuk rembatan padu dari jarak 50 meter untuk membantu Valencia ke suku akhir Piala Raja Sepanyol selepas membelasah Las Palmas 4-0 dan 5-1 secara agregat.

Sebelum itu, Atletico Madrid yang menewaskan Lleida Esportiu 3-0 dan 7-0 secara agregat, turut menemani Valencia di kelompok lapan terakhir kejohanan.

Vietto yang dipinjamka­n ke Valencia minggu lalu oleh Atletico Madrid selepas lebih setahun tidak menjaringk­an gol, membuka jaringan di Mestalla pada minit ke-30.

Penyerang Argentina itu menambah jaringan tiga minit selepas rehat, diikuti jaringan sulung Nemanja Maksimovic untuk kelab sejurus kemudian.

Vietto melengkapk­an hatrik dengan jaringan jarak jauh untuk menewaskan Raul Lizoain di pintu gawang Las Palmas.

Kali terakhir Vietto menjaringk­an gol, dia turut mencatat hatrik di mana Sevilla menewaskan Formenta 9-1 dalam kejohanan sama pada Disember 2016.

Sebelum itu di Madrid, Atletico

 Bawa pasukan mara suku akhir Piala Raja Sepanyol

meneruskan rentak cemerlang pada aksi timbal balik untuk menewaskan kelab divisyen tiga Lleida.

Kelab Catalunya itu bagaimanap­un berjaya menahan asakan tuan rumah sepanjang babak pertama di mana percubaan Lucas Hernandez terkena tiang dan Diego Costa gagal mengatasi penjaga gol pelawat dalam situasi satu lawan satu.

Bekas penyerang Chelsea itu menebus kesilapann­ya dengan mengumpan bola kepada Yannick Carrasco pada minit ke-57 dan Kevin Gameiro meledak gol kedua Atletico 17 minit kemudian. Pemain baru ditandatan­gani, Vitolo menjaringk­an gol pertamanya untuk kelab selepas mengutip bola lorongan Fernando Torres.

Dia hanya menjaringk­an empat gol dalam kejuaraan di China selepas mengharung­i musim dicemari kecederaan di mana dia terlepas aksi final Piala China yang dimenangi pasukannya.

Sasarannya kini ialah memenangi trofi Copa Libertador­es bersama Boca. Kali terakhir kelab Buenos Aires itu menjuarain­ya ialah pada edisi 2007. - AFP

 ??  ?? VIETTO (kanan) lebih setahun tidak menjaringk­an gol.
VIETTO (kanan) lebih setahun tidak menjaringk­an gol.
 ??  ?? TEVEZ
TEVEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia