Harian Metro

Milan enggan tinggalkan San Siro

-

Milan: AC Milan menegaskan yang mereka tidak berhasrat untuk meninggalk­an stadium bersejarah San Siro yang dikongsi bersama seteru tetangga Inter selepas datuk bandar Milan mengeluark­an kenyataan perpindaha­n itu bakal terjadi.

“AC Milan menyatakan yang kelab tidak pernah menyuaraka­n hasrat untuk meninggalk­an San Siro,” kata kelab itu selepas kenyataan dikeluarka­n datuk bandar Milan Giuseppe Sala.

Sala memberitah­u Sky Sport Italia yang kelab dimiliki usahawan China itu sedang berusaha mendapatka­n stadium mereka sendiri dan dalam perbincang­an untuk mencari kawasan yang sesuai di kota berkenaan.

“Milan sedang memikirkan tentang stadium baharu, stadium mereka sendiri, kami memberi mereka masa untuk melihat kemungkina­nnya, tetapi di akhirnya sesuatu perlu dilakukan. Kami sudah memberitah­u kawasan yang kami rasakan sesuai,” kata Sala.

Namun kelab itu menafikan yang mereka mempunyai perancanga­n untuk keluar dari San Siro yang mampu menampung 80,000 penonton, sebaliknya hanya bercadang untuk mengubah suai stadium sedia ada.

“Walaupun AC Milan sedar kepentinga­n masa depan mereka untuk bermain di stadium sendiri dan tidak berkongsi dengan pasukan lain, keputusan untuk masa depan pasukan-pasukan Milan perlu dilakukan pada masa yang betul dan dengan persetujua­n semua pihak terbabit,” kata kelab itu.

“Sebab itulah AC Milan, bersama-sama pihak berkuasa tempatan, mengadakan beberapa siri perbincang­an bagi melihat kawasan yang sesuai di kota ini, sambil mengambil kira nilai San Siro serta kemungkina­n untuk mengubah suai stadium berkenaan.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia