Harian Metro

Misi serampang dua mata Tevez menjelang Piala Dunia

-

Buenos Aires: Carlos Tevez berharap kepulangan­nya bersama Boca Juniors sebagai batu loncatan untuk dia kembali menyarung jersi kebangsaan Argentina menjelang Piala Dunia di Russia tahun ini.

“Saya hanya mempunyai baki beberapa tahun untuk bermain bola sepak, beraksi di Piala Dunia bagi pemain seusia saya adalah perkara yang cukup indah,” kata Tevez.

Bekas penyerang Manchester United dan Juventus itu - yang mencecah usia 34 tahun bulan depan - kali terakhir bermain untuk negaranya pada Oktober 2015.

Tetapi Tevez sudah cukup gembira untuk kembali bermain selepas tempoh 12 bulan mengecewak­an bersama kelab China Shanghai Shenhua yang menawarkan kontrak lumayan.

“Saya mahu menikmati tempoh dua tahun bersama Boca ini kerana ia perkara terakhir yang ada pada saya,” katanya ketika diperkenal­kan oleh kelab selepas perpindaha­nnya minggu lalu.

Pengerusi Boca Daniel Angelici berkata, kepulangan Tevez ke kelab lamanya itu tidak membabitka­n sebarang bayaran antara Shenhua dan kelabnya.

“Saya ingin berterima kasih kepada kelab China kerana memudahkan perpindaha­n Carlos ke sini. Tiada sebarang pampasan, sama ada dari Boca ke kelab China atau dari China ke Boca,” kata Angelici.

Tevez menyertai Shenhua pada Januari tahun lalu dengan anggaran gaji 730,000 euro (RM3.49 juta seminggu), menjadikan­nuya salah seorang pemain dengan bayaran tertinggi di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia