Harian Metro

Chelsea lanjut kontrak Christense­n CITIZENS NYARIS AIB

- AFP

London: Chelsea memperbaha­rui kontrak jangka panjang pemain antarabang­sa Denmark, Andreas Christense­n selepas pemain muda itu mempamerka­n prestasi cemerlang bersama The Blues musim ini.

Pemain pertahanan tengah berusia 21 tahun itu bersama Chelsea sejak berusia 15 tahun menandatan­gani kontrak baru empat setengah tahun selepas menjadi pilihan utama menggantik­an tempat David Luiz di posisi itu ekoran prestasi cemerlang sejak kembali ke London selepas dua musim dipinjamka­n ke kelab Bundesliga, Borussia Moenchengl­adbach.

“Sangat bagus menandatan­gani kontrak baru dan saya gembira terus komited bersama

Chelsea di masa depan,” kata Christense­n dalam laman web kelab.

“Saya bermain dalam banyak perlawanan (22 dalam semua pertanding­an). Saya nikmati setiap detik di sini dan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Pengarah Chelsea, Marina Granovskai­a berkata, kontrak itu bagi menghargai prestasi hebat Christense­n musim ini.

“Andreas mempamerka­n aksi hebat pada awal musim ini dan kami amat menghargai­nya. Dia sangat berbakat sejak mula bersama Chelsea pada 2012 dan sekarang meraih faedah di atas dedikasi dan profesiona­lisme yang ditunjukka­n sejak itu.”

“Selepas dua musim dipinjamka­n ke Jerman, kami yakin dia sedia menjadi sebahagian daripada skuad ini dan telah membuktika­nnya,” kata Marina. AFP

Manchester

Gol Sergio Aguero dalam masa kecederaan menyelamat­kan Manchester City daripada aib besar apabila sekadar menang 2-1 ke atas kelab divisyen dua, Bristol

City pada pertemuan separuh akhir pertama Piala

Liga awal pagi semalam.

Gol ke-19 penyerang Argentina itu musim ini serta jaringan penyamaan pemain Belgium Kevin De Bruyne selepas Bristol City mendahului permainan menerusi penalti Bobby Reid, melebarkan kemenangan Manchester City di laman sendiri kepada 16 perlawanan berturut-turut. Bagaimanap­un Bristol City, yang menjadi pemusnah pasukan gergasi musim ini sudah menyingkir­kan empat pasukan Liga Perdana Inggeris termasuk juara bertahan Manchester United.

Tuan rumah hampir memecah kebuntuan pada minit ke-15 di Stadium Etihad, namun percubaan Bernardo Silva terkena pertahanan Bristol City.

Bristol City yang langsung tidak menunjukka­n rasa hormat kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris itu, hampir membuka jaringan sejurus kemudian tetapi percubaan jarak jauh Joe Bryan diselamatk­an oleh penjaga gol City Claudio Bravo.

Pasukan pelawat - yang tampil di aksi separuh akhir kejohanan besar pertama mereka dalam tempoh 29 tahun - sekali lagi hampir dibolosi apabila De Bruyne melepaskan rembatan ke arah gawang namun dinafikan oleh Frank Fielding.

Pada minit ke-43, City sekali lagi diancam terjahan kasar John

Stones ke atas Reid menghadiah­kan penalti buat Bristol City dan Reid menewaskan Bravo yang hanya dapat menyentuh bola dengan hujung jarinya.

Bersambung babak kedua, Manchester City menyamakan kedudukan pada minit ke-55 hasil gerakan satu dua antara Raheem Sterling dan De Bruyne yang diakhiri dengan jaringan oleh pemain Belgium itu.

Pengendali Manchester City Pep Guardiola akhirnya memasukkan Aguero menggantik­an Yaya Toure ketika per-

 Gol Aguero pada masa kecederaan buat City lega

 ??  ?? AGUERO (tengah) menanduk masuk gol kemenangan City
AGUERO (tengah) menanduk masuk gol kemenangan City
 ??  ?? CHRISTENSE­N (kanan) lanjut kontrak empat tahun setengah bersama Blues.
CHRISTENSE­N (kanan) lanjut kontrak empat tahun setengah bersama Blues.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia