Harian Metro

Skuad Tok Gajah catat dua kemenangan pada aksi persahabat­an

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Skuad Pahang menamatkan aksi pramusim di Thailand dengan mencatat dua kemenangan dan tewas sekali dalam tiga perlawanan sebagai persediaan mengharung­i Liga Malaysia musim ini.

Pada aksi kelmarin, skuad kendalian Dollah Salleh itu tewas 0-1 kepada kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC.

Dua perlawanan terdahulu, skuad Tok Gajah membenam dua kelab Thailand iaitu Air Force Central 4-1 dan Muangthong United (3-1).

Keputusan itu sudah pasti membantu Dollah dalam membentuk kesebelasa­n terbaik bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2018.

Bagi penjaga gol, Remezey Che Ros

dia bersama rakan sepasukan berpuas hati dengan keputusan itu walaupun gagal menyekat kelab dari Korea Selatan.

Katanya, walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki, tempoh sebulan ini sebelum saingan Liga Malaysia bermula, keputusan positif mampu dicapai.

“Secara peribadi, saya akui

(gambar),

masih lagi belum mencapai prestasi terbaik dan percaya mampu meningkatk­an lagi corak permainan dalam tempoh sebulan ini.

“Bukan saya saja, malah rakan lain juga akan berusaha untuk membentuk persefaham­an secepat mungkin,” kata pemain berumur 35 tahun itu.

Musim ini, Remezey antara pemain baru Pahang yang disenaraik­an musim ini dijangka merebut posisi penjaga gol utama dengan Helmi Eliza Elias.

Ini kerana bekas penjaga gol musim lalu, Wan Azraei Wan Teh berhijrah ke Terengganu FC I (TFCI).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia