Harian Metro

Hidhir tunjuk taring

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

 Hadiah gol buat Lang Merah ketika menentang Persija Jakarta, kelmarin

Pemain muda, Hidhir Idris membuktika­n ketajamann­ya sebagai penjaring apabila menghadiah­kan gol tunggal Kedah ketika aksi Piala Super Suramadu menentang Persija Jakarta di Stadium Gelora Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia, kelmarin.

Aksi penuh bersemanga­t yang dipamerkan pemain-pemain tempatan lain ketika merakam keputusan seri 1-1 itu juga sudah cukup untuk memikat hati ketua jurulatih Ramon Marcote yang menganggap Persija kendalian Stefano Cugurra – kini di kedudukan keempat liga 1 Indonesia – antara pasukan terkuat di Indonesia.

“Persija sebuah pasukan yang bagus. Walaupun mencatat keputusan seri malam ini, saya tetap gembira kerana kita dapat beraksi baik dengan hanya menurunkan pemain tempatan (Malaysia) pada separuh masa pertama berbanding pihak lawan yang disertai empat import,” kata Marcote dalam sidang media selepas perlawanan.

“Kami mengawal permainan dengan baik sepanjang perlawanan termasuk tiga peluang terbaik, cuma kami sedikit berhati-hati dengan serangan balas dan percubaan bola mati kerana pihak lawan mempunyai pemain import, Marko Simic dan pemain dari Brazil yang mampu memberi ancaman di bahagian benteng kami. Namun inilah bola sepak, menerusi satu percubaan yang berhasil menyebabka­n kami ketinggala­n satu gol pada separuh masa pertama.

“Selepas pihak lawan mendapat kad merah kami meningkatk­an penguasaan dan berjaya menghasilk­an gol pada babak kedua dan kami dapat menguasai permainan dengan lebih baik selepas itu.

“Pemain import Alvaro Silva dan penyerang Pablo Pallares juga dilihat semakin menunjukka­n penyesuaia­n yang baik berbanding sebelum ini, manakala Pallares juga berjaya membantu pasukan melalui hantaran yang menghasilk­an gol pada malam ini.”

Pada perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi laman Youtube Madura United TV, Persija Jakarta membuka jaringan pada minit ke-26 menerusi bekas pemain Melaka United, Simic.

Kedah meneruskan usaha memburu gol penyamaan dan pada minit ke- 38 pengadil melayangka­n kad merah kepada pemain Persija kerana mengasari pemain muda Kedah Akmal Azmi.

Kelebihan itu dimanfaatk­an Kedah sebaiknya dan pada minit ke-58 Hidhir menyamakan kedudukan selepas menyudahka­n hantaran Pallares.

Pemain sayap itu turut menjaringk­an gol ketika Kedah menentang Persela Isnin lalu dan mempamerka­n persefaham­an yang baik dengan Syazwan Zainon dan Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah.

Kedah akan bertemu tuan rumah Madura United FC pada perlawanan terakhir, esok.

 ??  ?? HIDHIR (kiri) beraksi pada musim lalu.
HIDHIR (kiri) beraksi pada musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia