Harian Metro

City Boys tagih pengalaman Baihakki

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan dijangka kembali ke negara ini untuk menyertai pasukan Liga Super, Kuala Lumpur.

Baihakki, 33, dijangka tiba di ibu negara esok bagi menandatan­gani perjanjian bersama pasukan yang baru naik taraf itu selepas menolak tawaran kontrak empat bulan bersama pasukan divisyen dua Arab Saudi, Jeddah Club.

Prospek bermain sepenuh musim bersama City Boys menjadi faktor Baihakki memilih skuad kendalian Fabio Maciel dan memenuhi kuota import ASEAN pasukan itu.

“Kami sudah hampir memuktamad­kan perbincang­an dengan Baihakki dan dia dijangka tiba esok untuk menandatan­gani perjanjian,” kata Setiausaha Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa, semalam.

Baihakki akan menjadi pemain Singapura pertama bermain buat Kuala Lumpur sejak Fandi Ahmad, K Kannan dan Malek Awab pada sekitar 1980-an.

Dia dijangka tiba tepat pada masanya untuk bersama skuad Maciel yang akan ke Yogyakarta, Indonesia bagi mengharung­i tiga perlawanan persahabat­an.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Lions XII itu melengkapk­an pencarian Maciel bagi mendapatka­n pertahanan tengah dan lima pemain import.

Baihakki beraksi dengan pasukan Liga-S, Warriors musim lalu dan kali terakhir bermain dalam Liga Super buat Lions XII pada 2014 ketika dipinjamka­n dari JDT.

Dia kembali ke JDT tetapi kemudian bermain bersama JDT II dalam Liga Perdana bagi dua musim berikutnya.

Maciel berkata, pengalaman Baihakki dan pengetahua­nnya mengenai bola sepak Malaysia memberi kelebihan.

“Saya mengenalin­ya, dia pernah bermain dengan JDT dan dia juga banyak pengalaman dalam bola sepak antarabang­sa,” kata Maciel yang mengemudi kejayaan Kuala Lumpur menjuarai Liga Perdana musim lalu.

 ??  ??
 ?? Nokman Mustaffa ?? Kami sudah hampir memuktamad­kan perbincang­an dengan Baihakki dan dia dijangka tiba esok untuk menandatan­gani perjanjian”
Nokman Mustaffa Kami sudah hampir memuktamad­kan perbincang­an dengan Baihakki dan dia dijangka tiba esok untuk menandatan­gani perjanjian”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia