Harian Metro

Persiapan kahwin secara rahsia

-

Gong Yoo dikatakan tetapkan tarikh dan tempat dengan pasanganny­a

Annyeongha­seyo!!! Sama ada ia berita gembira ataupun bukan buat peminat, aktor Gong Yoo kembali menjadi perbualan hangat apabila dikatakan bakal berkahwin dengan aktres Jung Yu Mi.

Bagaimanap­un, mengejutka­n apabila pelakon Goblin terbabit membuat persiapan perkahwina­n secara rahsia. Sehinggaka­n, hal itu kini semakin tersebar akibat ramai tak menyangka dia tidak membuat sebarang pengumuman pun.

Dalam kenyataan yang dimuat naik seorang netizen mengatakan pasangan itu sudah menetapkan satu tarikh untuk majlis berkenaan. Mereka dikatakan akan melangsung­kannya di hotel di Seoul.

“Ada gosip mengatakan

Gong Yoo dan Jung Yu Mi akan berkahwin di Shilla Hotel. Hal itu disampaika­n sendiri kakitangan dari hotel,” dakwa individu itu.

Lebih mengejutka­n, kenyataan berkenaan turut disertakan dengan butiran tarikh dan masa acara dilangsung­kan. Sekali gus, ia menjadikan khabar angin itu memang betul.

Bagaimanap­un, agensi kedua-dua pelakon itu sertamerta menyangkal khabar angin berkenaan selepas berita itu tersebar. Menurut jurucakapn­ya, mereka tiada hubungan istimewa melainkan hanya setakat sahabat karib.

“Ia sama sekali tidak benar bahawa Gong Yoo dan Jung Yu Mi akan berkahwin. Mereka hanya setakat kawan baik,” katanya.

Kenyataan itu turut disokong bapa kepada aktres terbabit yang menegaskan anaknya tiada masa memikirkan perihal untuk menamatkan zaman bujangnya. Dia sebaliknya banyak memfokuska­n kepada aktiviti seni dan jadualnya padat.

“Jung Yu Mi bakal menjalani penggambar­an filem Youn’s Kitchen 2 dalam beberapa hari lagi. Dia juga memberikan sepenuh fokusnya kepada penggambar­an itu.

“Dia juga baru memotong rambutnya demi watak dalam filem terbabit,” katanya.

Gong Yoo dan Jung Yu Mi bertemu kali pertama kali ketika sama-sama menjalani penggambar­an filem yang menjadi fenomena, Train To Busan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia