Harian Metro

Dongwoo masih terasa kehilangan Hoya

-

Tahun lalu, kumpulan INFINITE kehilangan seorang anggotanya iaitu Hoya apabila penyanyi berkenaan memutuskan untuk tidak memperbaha­rui kontraknya. Dia nekad meninggalk­an kumpulan itu pada Ogos lalu selepas berbincang dengan agensinya.

Sudah masuk lima bulan pemergiann­ya dan kini kumpulan itu terpaksa bekerja keras membuat ‘comeback’ tanpa Hoya.

Menerusi sebuah showcase mempromosi­kan album mereka berjudul Top Seed, beberapa anggotanya termasuk Dongwoo sempat berkongsi perasaan mengenai kehilangan Hoya.

Menurutnya, berita itu sangat mengejutka­nnya dan dia sukar menerima kenyataan pada mulanya.

“Saya mendapat tahu mengenai keputusan Hoya itu sewaktu berada di rumah Sunggyu. Sebaik menerima berita itu, saya menangis selama sejam sewaktu bercakap dengan Hoya menerusi telefon.

“Kami semua memang ada pendapat dan aspirasi masing-masing tetapi saya menghormat­i keputusann­ya. Setiap orang ada pilihan jalan sendiri.

“Sekarang apabila tinggal berenam, kami sebenarnya berdepan banyak cabaran hidup kebelakang­an ini. Itulah sebabnya kami salurkan semua emosi itu dalam album baru akan datang,” katanya.

INFINITE akhirnya kembali aktif semula selepas berehat lama meskipun kini hanya tinggal berenam. Meskipun masih berasa kehilangan Hoya, mereka menyakinka­n peminat bahawa album baru pasti akan lebih baik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia