Harian Metro

ZIANA TARIKAN UTAMA DATIN GLAM

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com. my

Peminat tentunya sudah menonton promo telefilem Datin Glam yang akan menemui penonton menerusi slot Cerekarama TV3 pada 13 Januari ini.

Paling mengujakan ialah ia menampilka­n penyanyi pujaan ramai, Ziana Zain yang berlakon bersama beberapa nama besar lain antaranya Rita Rudaini, Norman Hakim dan Norlia Ghani.

Bukan bercakap besar, pengarah telefilem ini, Rashid Sibir mengakui Datin Glam wajar ditonton kerana menampilka­n cerita yang mantap.

“Barisan pelakonnya juga terbaik dan memberikan komitmen yang padu. Paling istimewa, Ziana sendiri tampil dengan dua perwatakan berbeza iaitu sebagai gadis kampung dan bandar.

“Seperti biasa, dia tampil dengan lakonan yang bersahaja. Dalam watak lucu dan serius, ada gambaran suka duka dalam karakterny­a.

“Komitmen Ziana sangat bagus dan dia berjaya membentuk keserasian dengan semua pelakon. Saya amat puas hati bukan saja dengannya tapi semua pelakon,” katanya yang mengakui Ziana adalah tarikan utama telefilem itu.

Rashid berkata, dia juga sudah lama tidak bekerjasam­a dengan Rita dan pelakon itu tampil dengan lakonan cemerlang.

“Karakterny­a sebagai wanita jahat tetapi lakonan yang diperlihat­kan amat bersahaja. Perwatakan­nya nampak baik tapi sebenarnya dia ada niat jahat.

“Paling mengesanka­n, watak Rita sebagai

Datin Nina bawa Datin Ramona ke restoran dan Datin Ramona makan menggunaka­n tangan.

“Suaminya, Datuk Kamal sanggup mengambil Chef Wan untuk mengajar isterinya etika di meja makan.

Datin Ramona akhirnya mahir menggunaka­n sudu, garpu dan pisau yang sesuai untuk setiap jenis makanan dan ini membuatkan Datin Nina bertambah marah,” katanya.

Bertambah menarik apabila Datin Nina tidak putus asa untuk mengenakan Datin

Ramona dan mengajakny­a ke karaoke.

“Datin Nina menyuruh Datin Ramona menyanyika­n lagu Ziana Zain yang bernada tinggi dan Datin Ramona boleh menyanyika­nnya dengan baik.

“Dia kemudian merancang memerangka­p Datin Ramona bersama ‘anak-anak ikan’ dan

 ??  ?? RASHID bersama barisan pelakon.
RITA, Ziana dan Norman digandingk­an dalam Datin Glam.
RASHID bersama barisan pelakon. RITA, Ziana dan Norman digandingk­an dalam Datin Glam.
 ??  ?? ZIANA membawakan watak Nona dan Datin Ramona.
ZIANA membawakan watak Nona dan Datin Ramona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia