Harian Metro

IR Radzi sempurna hajat arwah ayah

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Selepas dua tahun menanti, penyanyi iR Radzi gembira apabila hasrat mempunyai album penuh terlaksana.

Mengambil judul Sempurna, baginya pemilihan judul itu sangat dekat dengan kisah lagu yang dipersemba­hkan kerana ia berkaitan hubungan dengan orang sekeliling termasuk arwah bapanya, Jamali Ellen yang meninggal dunia pada Ogos 2016.

Walaupun hanya memuatkan lapan lagu, semua lagu yang dimuatkan cukup bermakna dan mendalam buat diri iR Radzi.

“Alhamdulil­lah, saya gembira dan bersyukur akhirnya album penuh daripada saya terhasil juga. Bagi saya, setiap lagu yang dimuatkan dalam album ini mempunyai jalan cerita tersendiri.

“Malah, judul Sempurna juga saya pilih bagi menyempurn­akan hajat arwah ayah kerana dialah satu-satunya insan yang sentiasa dengan saya dan menyokong kuat minat dalam bidang nyanyian sehingga nafas terakhirny­a,” katanya.

Menariknya, beberapa lagu dalam album ini pernah menjadi lagu tema beberapa drama bersiri dan pastinya ia dinantikan peminat drama berkenaan.

“Saya gembira apabila beberapa lagu tema drama seperti Kontra Analisa, Stay dan Cinta Terakhir dapat dimuatkan dalam album ini.

“Kalau diikutkan ada lima lagu saya menanti untuk dilancarka­n tetapi saya pilih lagu-lagu ini untuk dimuatkan dalam album yang sangat istimewa kerana Cinta Terakhir adalah single yang saya tujukan khas buat arwah bapa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, iR Radzi yang mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan meletakkan sasaran untu lebih fokus dalam bidang nyanyian.

Baginya, nyanyian ter sa lebih dekat dengan jiw apatah lagi dengan adany album Sempurna, dia per memberi lebih perhatian untuk mempromosi­kan album ini.

“Tahun 2018 adalah pembuka tirai kemuncul album saya. Saya mahu fo kus untuk mempromosi­k album ini buat sementara waktu.

“Selain lakonan, ada juga tawaran yang dipertimba­ngkan kerana mahu fokus nyanyian saja buat masa sekarang,” katanya

iR Radzi berkata, sejak mula menyertai bidang se dengan menyertai progra realiti On Air, dia dapat b rasakan jiwanya lebih de dengan nyanyian.

Ini terbukti, apabila rakan seangkatan semua nya masih aktif mengaca sedangkan dia rancak me jadi penyanyi.

Album penuh siap

selepas penantian

2 tahun

Alhamdulil­lah, saya gembira dan bersyukur akhirnya album penuh daripada saya terhasil juga. Bagi saya, setiap lagu yang dimuatkan dalam album ini mempunyai jalan

cerita tersendiri

 ?? FOTO: PAKAIAN:
ir radzi ??
FOTO: PAKAIAN: ir radzi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia