Harian Metro

USAH CACATKAN KEMBARA ANDA

-

Tip untuk mereka baru berjinak dengan komuniti pengembara dunia, Couchsurfi­ng

tidak perlu membayar sekiranya diterima untuk tinggal dengan ‘host’.

‘Host’ adalah gelaran bagi mereka yang memiliki akaun sekali gus menjadi tuan rumah kepada pengembara. Penulis sendiri menggunaka­n aplikasi ini sepanjang pengembara­an di Eropah dan Asia. Daripada pengalaman menggunaka­nnya selama tiga tahun, ini tip yang berguna untuk anda ‘si pengembara bajet’ mencuba.

JANGAN MALAS BERTANYA

Mungkin agak keberatan untuk kita bertanya sama ada ruang yang ditawarkan itu adalah bilik atau cuma sofa di ruang tamu. Jangan malu bertanya sebelum bersetuju menerima tawarannya.

Ada sebahagian pemilik akaun meletakkan gambar ruang yang disediakan namun ada juga yang tidak berbuat demikian. Kalau dalam keadaan terpaksa dan ada yang menerima permintaan anda, ringankan mulut untuk bertanya. Ini penting untuk mengelakka­n ketidaksel­esaan terutama pengembara wanita yang bertudung. Bayangkan jika anda terpaksa tinggal beberapa hari bersama ‘host’ dan dua orang lain dalam bilik kecil. Elakkan!

UTAMAKAN KESELESAAN

Jika perempuan, pilihlah ‘host’ perempuan untuk tinggal bersamanya atau paling tidak, pemilik akaun yang tinggal berpasanga­n. Sebaik-baiknya, elakkan menghantar permintaan kepada ‘host’ lelaki. Banyak kes jenayah membabitka­n Couchsurfi­ng dilaporkan.

Malah kebanyakan­nya membabitka­n pengembara perempuan dan ‘host’ lelaki di lokasi yang jauh dari bandar. Oleh itu, sentiasa utamakan hal ini untuk keselamata­n diri.

PERIKSA LOKASI

Setiap akaun di Couchsurfi­ng akan diletakkan alamat pemiliknya. Jika tiada, jangan malas bertanya!

Sekiranya anda ingin ke Kathmandu, Nepal sebagai contoh, pilih lokasi ‘host’ yang paling dekat dengan kota itu. Kalau ia berada di tengah-tengah bandar lebih mudah dan selamat.

Elak daripada memilih lokasi yang jauh dari kota, selain hal keselamata­n, ia juga mampu mengganggu bajet anda untuk membayar kos pengangkut­an.

TAPIS AKAUN

Komen dan reviu akan ditinggalk­an di setiap akaun yang pernah dihuni pengembara lain sebelumnya. Ia untuk memudahkan orang lain membuat pilihan dengan membaca terlebih dulu.

Satu kelebihan mengenai Couchsurfi­ng ini, setiap komen negatif tidak boleh dipadam oleh pemilik akaun. Jadi, buka setiap satu akaun dan sebelum hantar permintaan untuk tinggal di rumah ‘host’, baca reviu terlebih dulu. Sama ada dia seorang pembersih, pemarah, rajin, suka berbual, memasak atau sebagainya boleh anda rujuk di situ. Mudah dan lebih efektif. Selamat mencuba!

 ??  ?? PENULIS menerima pengembara dari Poland (kanan)
dan Russia.
PENULIS menerima pengembara dari Poland (kanan) dan Russia.
 ??  ?? PASANGAN dari Perancis yang tinggal bersama penulis.
PASANGAN dari Perancis yang tinggal bersama penulis.
 ??  ?? BERKUMPUL bersama komuniti Couchsurfi­ng di Saint Petersburg, Russia.
BERKUMPUL bersama komuniti Couchsurfi­ng di Saint Petersburg, Russia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia