Harian Metro

Pengaktifa­n virus dari pusat saraf tunjang

-

Kayap boleh berulang bagi 4 hingga 7 peratus

terhadap pesakit pernah mengalamin­ya

wajahnya disebabkan kayap muka. Mujur dia tidur berasingan dengan isteri dan anaknya sejak mengalami gatal dan sakit kepala.

Bau tidak menyenangk­an daripada kesan luka yang berair menyebabka­n Amin menjauhkan diri daripada seluruh ahli keluargany­a.

Dua minggu selepas diberi ubat antiviral, barulah Amin beransur pulih. Itu pun luka dan lepuh pada wajahnya masih meninggalk­an parut yang dalam.

Menurut Pakar Kulit Hospital Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Dr Kartini Farah Rahim, kayap atau nama lainnya herpes zoster adalah sejenis penyakit kulit menular yang menyakitka­n, berpunca daripada jangkitan virus Varicella zoster.

“Kayap terjadi selepas pengaktifa­n virus dari pusat saraf tunjang. Virus ini berhiberna­si atau dorman (tidak aktif) di situ selepas individu terbabit mendapat cacar air dan kemudian menjadi aktif semula.

“Antara faktor yang boleh mendorong virus ini kembali aktif adalah tekanan, jangkitan kuman atau pengaruh virus lain. Dalam perubatan, virus ini dikenal pasti sebagai penyebab cacar air dan kayap.

“Cacar air biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak, sementara kayap terjadi kepada orang dewasa atau mereka yang berusia,” katanya.

Jelas Dr Kartini, sepanjang hayat seseorang, kira-kira 10 hingga 30 peratus individu akan menghidapi penyakit ini. Mereka yang berisiko adalah individu yang mempunyai sistem imun rendah disebabkan kesan ubat kemoterapi, menghidapi kanser atau HIV.

“Bagaimanap­un, sesiapa saja masih boleh mendapat jangkitan virus ini terutama bagi mereka yang sudah lanjut usianya. Pengaktifa­n virus ini dari pusat saraf tunjang menyebabka­n sifat kayap itu ‘menular’ kerana mengikut perjalanan saraf itu keluar dari pengkalann­ya di bahagian tulang belakang dan dibawa ke hadapan setengah bahagian badan dan muka atau turun ke bawah untuk tangan dan kaki.

“Dalam bahasa perubatann­ya ia disebut dermatom. Malah ada yang menggelark­an kayap sebagai ‘penyakit ular’ kerana sifatnya mengelilin­g dan menjalar setengah bahagian badan atau muka, lengan atau kaki,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Kartini berkata, virus Varicella zoster boleh berjangkit dengan mudah melalui sentuhan, cecair hidung atau batuk.

“Anak di sekolah senang menjangkit­i antara satu sama lain. Begitu juga dengan ahli keluarga apabila individu yang dijangkiti berada di rumah. Lazimnya,

 ??  ?? KAYAP di T10 kiri.
KAYAP di T10 kiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia