Harian Metro

Senaman ringkas pesakit barah payudara

-

Latihan fisioterap­i amat perlu selepas rawatan dan pembedahan mastektomi

Menurut Pakar Fisioterap­i Unit Rehabilita­si Pusat Perubatan Tropicana Ng Pui Hwa, semangat, usaha pemulihan dan disiplin dalam latihan fisioterap­i adalah tiga kata kunci utama yang membolehka­n seorang pesakit kanser menjalani kehidupan positif pada masa depan.

“Selepas rawatan dan pembedahan mastektomi (membuang payudara), tiada yang lebih penting buat pesakit melainkan mengikuti latihan pemulihan dan fisioterap­i.

“Mungkin bagi sesetengah orang, fisioterap­i tidak begitu penting asalkan pesakit patuh kepada pemeriksaa­n rutin, mengambil ubat mengikut waktu dan sentiasa menitikber­atkan aspek penjagaan kesihatan.

“Pendapat itu salah. Sebenarnya, tanpa latihan fisioterap­i, pesakit mungkin berdepan kemurungan, kesakitan melampau, sukar melangkaui keterbatas­an diri untuk bergerak dan cenderung menjalani hidup yang sukar.

“Ini kerana mereka tidak tahu cara atau teknik betul untuk mengurus kesan selepas pembedahan termasuk luka, bengkak dan perubahan postur tubuh. Doktor memang akan membekalka­n ubat, tetapi ia hanya membantu untuk tempoh singkat.

“Sekiranya pesakit mahukan kesan perubahan jangka panjang, boleh kembali aktif dan menikmati kehidupan bermutu, mereka perlu menjalani fisioterap­i,” katanya yang berkongsi rutin senaman sederhana bersama bekas pesakit kanser dan mereka yang pernah menjalani pembedahan mastektomi pada majlis pemberian prostesis payudara kepada 25 pesakit sempena Bulan Kesedaran Kanser, barubaru ini.

Jelas Ng, lazimnya kesakitan dialami mereka yang menjalani pembedahan mastektomi bukan sedikit, malah ada yang mengakui sukar ditanggung berikutan mengaitkan perubahan fizikal dan pengaruh

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia