Harian Metro

Fungsi, perincian berbeza ultrabunyi

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

90 peratus bakal ibu jalani sekurang-kurangnya 2 kali imbasan untuk memeriksa bayi mereka

Keterujaan ibu bapa saat disahkan bakal menimang cahaya mata selalunya diterjemah dalam pelbagai reaksi, ragam dan gaya. Bagi mereka yang berpengala­man, sudah pasti terbayang persediaan perlu dilakukan untuk menyambut ketibaan orang baru.

Ketika inilah timbulnya banyak perancanga­n untuk dilaksanak­an sepanjang tempoh kehamilan. Bermula dengan simpanan untuk kecemasan, kelas antenatal, pengambila­n insurans, teka-teki jantina, pilihan nama, hinggalah kepada pakaian dan tempat tidur bayi. Semuanya cuba diatur kemas.

Berbeza dengan keterujaan ibu bapa yang julung kali menerima khabar kehamilan. Walaupun banyak perancanga­n dan idea mencurah dalam kotak fikiran, ada waktunya mereka kusut untuk menentukan yang mana satu penting dan perlu diutamakan.

Dalam kebanyakan hal, persoalan mengenai kekerapan bertemu doktor dan melakukan imbasan ultrabunyi sering menjadi topik perdebatan. Ada yang mengatakan imbasan tidak boleh dilakukan secara kerap kerana bimbang memberi kesan kepada bayi.

Tetapi ada juga yang tidak ambil pusing dengan pelbagai teori yang dilemparka­n orang lain, sebaliknya bertindak mengikut keadaan, tahap kesihatan, keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.

Hari ini kebanyakan bakal ibu dilihat begitu teruja memuat naik gambar dan video bayi dalam rahim versi hitam putih, imbasan 3D, 4D malah 5D, tidak kira di laman media sosial atau menerusi aplikasi pesanan. Tetapi sejauh mana selamatnya ujian imbasan ultrabunyi dan adakah ia perlu dilakukan?

Jika diperhatik­an, secara purata, kira-kira 90 peratus daripada bakal ibu kini menjalani sekurangku­rangnya dua kali imbasan ultrabunyi untuk memeriksa bayi mereka ketika mengandung. Apakah tujuan sebenar imbasan ultrabunyi selain mendapatka­n gambar dan video bayi dalam kandungan untuk simpanan ibu bapa?

Memahami semula fungsi dan peranannya, sonografer berpengala­man, Nur

Marni Ahmad berkata, imbasan ultrabunyi yang digunakan dalam pengimejan perubatan membabitka­n penggunaan gelombang bunyi berfrekuen­si di antara dua hingga 15 megahertz (MHz) untuk menghasilk­an imej organ dalaman atau struktur badan tertentu.

“Frekuensi ini di luar julat pendengara­n manusia. Ketika proses imbasan berlaku, gelombang ultrabunyi dihasilkan oleh transducer (pemindah arus) yang dipegang pengendali dan seterusnya menembusi lapisan kulit, lemak, otot serta organ manusia.

“Apabila gelombang ini dipantulka­n semula dan diterjemah­kan oleh komputer, akan timbul imej seperti yang dipaparkan di skrin mesin ultrabunyi. Doktor atau pakar sonografi akan membuat diagnosis berdasarka­n imej yang terhasil,” katanya yang kini berkhidmat di Klinik Pakar Wanita Azalea, Putrajaya.

Menjelas lanjut, Nur Marni yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang obstetrik dan ginekologi berkata, terdapat beberapa jenis imbasan ultrabunyi yang digunakan secara meluas kini. Ia termasuk imbasan ultrabunyi dua dimensi (2D), tiga dimensi (3D ), empat dimensi (4D), imbasan bunyi 5D dan definisi tinggi (HD).

“Imbasan 2D adalah jenis yang paling banyak digunakan untuk tujuan membuat diagnosis. Ia memaparkan imej hitam-putih ‘hirisan’ organ yang diimbas. Kemudian barulah imbasan ultrabunyi 3D yang menonjolka­n gabungan hirisan imej 2D membentuk organ atau struktur yang diimbas. Imbasan ini biasanya digunakan untuk melihat wajah bayi (3D surface rendering).

“Ada juga perisian 3D yang lebih kompleks

 ??  ?? Apabila gelombang ini dipantulka­n semula dan diterjemah­kan oleh komputer, akan timbul imej seperti yang dipaparkan di skrin mesin ultrabunyi. Doktor atau pakar sonografi akan membuat diagnosis berdasarka­n imej yang terhasil
Apabila gelombang ini dipantulka­n semula dan diterjemah­kan oleh komputer, akan timbul imej seperti yang dipaparkan di skrin mesin ultrabunyi. Doktor atau pakar sonografi akan membuat diagnosis berdasarka­n imej yang terhasil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia