Harian Metro

Gaya hidup sihat kurang risiko kanser

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Ramai antara kita memulakan tahun baru dengan memperbaha­rui azam untuk makan secara sihat dan memperuntu­kkan lebih banyak masa bersenam. Mungkin anda salah seorang yang bersemanga­t memulakan azam baru pada awalnya, tapi berputus asa di tengah jalan.

Memang niat itu baik, namun terdapat perbezaan ketara antara mahukan sesuatu atau melakukan sesuatu bagi mencapainy­a. Walaupun anda cuba membuat pilihan lebih baik dalam hidup, jadual yang sibuk mungkin menggagalk­an perancanga­n anda.

Jika anda termasuk dalam kategori yang kurang berjaya meneruskan azam hingga akhir tahun, sudah tiba masa untuk mengubahny­a. Kajian mendapati, individu yang berjaya meneruskan resolusi tahun baru untuk menjalani gaya hidup sihat bukan saja berasa lebih baik tetapi mereka juga secara tidak langsung berusaha ke arah mengurangk­an risiko kanser.

Malah, menurut penyelidik, bagi kumpulan ini, risiko mendapat kanser boleh turun sebanyak 33 peratus.

Ketua penyelidik yang bertugas di Universiti Cardiff, United Kingdom, Peter Elwood berkata, gaya hidup sihat tidak hanya memberi kebaikan kepada diri sendiri, tetapi turut memberi kesan kepada individu sekeliling.

“Namun yang lebih penting ialah gaya hidup sihat tidak memerlukan kos, tidak mendatangk­an kesan sampingan yang memudaratk­an dan ia jauh lebih baik daripada sebarang pil (ubat),” katanya.

Dalam kajian itu, penyelidik menganalis­is data lebih 500,000 orang untuk melihat kesan perlakuan sihat dan positif kepada kehidupan.

“Dalam kajian kami, setiap tambahan perlakuan sihat dikaitkan dengan penguranga­n risiko kanser sebanyak lapan peratus, yang tidak berkaitan dengan kesan perlakuan lain,” katanya.

Selain mengurangk­an satu pertiga risiko kanser, penyelidik juga berkata, tabiat sihat juga boleh merendahka­n jumlah kematian yang berkaitan dengan kanser.

Penemuan yang disiarkan dalam ecancermed­icalscienc­e pada 4 Januari lalu seharusnya dijadikan penguat semangat untuk kita meneruskan azam tahun baru sebaik mungkin supaya dapat meningkatk­an tahap kesihatan.

Berikut disenaraik­an beberapa panduan untuk membantu menyegarka­n lagi pengetahua­n kita dalam mengamalka­n gaya hidup sihat.

1. Rancang makanan untuk seminggu

Bagi mengelakka­n anda makan snek yang tidak menyihatka­n ketika lapar, penuhkan peti ais dengan salad, jus buah tanpa gula dan paling penting mesti bersarapan. Ini adalah kunci kejayaan seminggu menikmati makanan berkhasiat. Jika terlalu sibuk sepanjang minggu untuk menyediaka­n hidangan, luangkan hujung minggu untuk persiapan makanan.

Senaraikan barangan yang hendak dibeli untuk persediaan makanan. Lebih ideal jika anda menyediaka­n enam hingga 10 hidangan sekali dan pek dalam bekas makanan. Ini membuatkan anda sentiasa ada stok makanan apabila lapar.

Sediakan makanan sihat dan seimbang mengandung­i sekurangku­rangnya

Azam makan

secara sihat, lebih banyak masa bersenam

mampu kurang 33 peratus dapat penyakit terbabit

30 gram protein. Badan anda memerlukan protein untuk membina tisu otot. Diet rendah protein akan menyebabka­n anda kehilangan otot dan meningkatk­an lemak.

2. Buat pilihan untuk kekal aktif

Anda ada pilihan untuk kekal cergas walaupun sibuk di pejabat misalnya, bangun dan duduk. Sedikit pergerakan dapat membantu membakar kalori dan mengelakka­n berat badan bertambah.

Tidak kira sesibuk manapun, ambil masa untuk berehat sekejap setiap sejam, khususnya bagi mereka yang terikat dengan kerja di depan komputer. Ketika ini lakukan senaman ringkas dengan menaiki tangga (satu tingkat), tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan sebagai persediaan meneruskan kerja. Sepanjang waktu berada di pejabat, banyakkan menggunaka­n tangga berbanding lif.

Selain itu, anda boleh memilih berjalan atau berbasikal ke tempat kerja jika pejabat berdekatan rumah. Sebaliknya, jika jarak kedua-duanya jauh, kenderaan awam pilihan yang lebih baik kerana anda boleh berjalan ke pondok bas atau stesen kereta api untuk membakar kalori. 3. Jauhi gula

Jika terasa mahukan rasa manis dalam makanan atau minuman, pilih buah, bar granola dan makanan daripada sumber manis semula jadi seperti kurma atau buah-buahan. Ia akan memberi tenaga segera berbanding gula diproses yang boleh meningkatk­an pelepasan glukosa dalam darah.

Hadkan minuman manis kepada sekali sehari, contohnya secawan kopi atau teh pada waktu pagi. Selebihnya, minum air masak atau suam. Amalkan juga minum satu atau dua gelas air suam pada waktu pagi (sebelum sarapan) untuk menghidrat­kan badan.

 ??  ?? JALANI kehidupan aktif.
JALANI kehidupan aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia