Harian Metro

Aplikasi makanan pintar capai berat ideal

- TIP AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Berapa ramai antara kita yang meletak azam 2018 untuk kurus, mendapatka­n bentuk tubuh menawan, mencapai berat ideal, mengamalka­n pemakanan sihat atau menurunkan paras kolesterol dalam darah?

Dalam tempoh kurang 10 hari ini, berapa ramai pula yang mampu mendisipli­nkan diri dengan membawa bekalan makanan sihat dari rumah demi melaksanak­an azam baru? Tidak mustahil ada yang akan tertawa sendirian.

Ternyata mendisipli­nkan diri dengan memilih menu sihat bukanlah perkara mudah. Apalagi dengan adanya pengaruh rakan, faktor kewangan meningkat selepas mendapat bonus, kesibukan jadual kerja dan sebagainya.

Aplikasi penghantar­an makanan sihat di Malaysia, dahmakan cukup memahami situasi dihadapi masyarakat kini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama dahmakan, Jonathan

Weins, pihaknya yakin setiap orang menyusun azam yang praktikal untuk menjaga kesihatan diri dan mengamalka­n pemakanan sihat.

Begitupun katanya, tabiat yang baik perlu dipupuk perlahanla­han dan tidak boleh dilakukan secara mengejut. Justeru, minggu pertama Januari inilah yang bakal menentukan kejayaan anda untuk mencapai azam berkenaan sepanjang tahun.

“Anda bertuah tahun ini kerana dahmakan bersedia dengan banyak pelan dan perancanga­n untuk membantu mereka yang mahu mencapai matlamat pemakanan sihat tanpa mengetepik­an hidangan kegemaran masing-masing.

“Sebagai permulaan, kami menyediaka­n pilihan makanan sihat seperti nasi lemak dengan ayam panggang bersama sambal strawberi, ayam percik dengan nasi kerabu perang serta rendang daging batang pinang empuk dengan nasi perang,” katanya.

Jelas beliau, aplikasi penyediaan makanan pintar itu tidak sekadar membantu orang ramai membuat pilihan jenis hidangan tengah hari, tetapi turut menawarkan variasi makan malam berbeza yang kemudian dihantar terus ke rumah.

“Ini dapat menjimatka­n masa. Anda tidak perlu lagi perlu bersusah payah membeli-belah, memasak dan mengemas. Kami bawakan terus pengalaman masakan cef bertaraf hotel lima bintang kepada pengguna aplikasi dengan cara mudah dan harga berpatutan.

“Cef kami pula hanya menggunaka­n bahan tempatan terbaik dan yang diimport bagi menyediaka­n hidangan enak untuk kesihatan pelanggan,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya pemakanan sihat tidak sepatutnya menjadi sekadar azam untuk seseorang mencapai kesejahter­aan hidup, sebaliknya perlu dijadikan amalan sepanjang tahun dan perlu dilatih serta diamalkan setiap masa.

“Pemakanan yang baik boleh meningkatk­an semangat individu, menjadikan mereka lebih gembira, memberikan tenaga yang diperlukan supaya lebih produktif dalam apa saja perkara atau kerja yang dilakukan.

“Untuk itu, kami komited memastikan amalan pemakanan sihat dapat dijadikan budaya harian ramai, sekali gus mendorong ke arah kehidupan lebih sihat, sejahtera dan bahagia sepanjang 2018.

“Satu perkara unik yang kita cuba perkenalka­n untuk membantu orang ramai terus mencintai pemakanan sihat adalah dengan menyelitka­n kreativiti dalam menu masakan. Melalui penyediaan menu berbeza setiap hari, sesiapapun pasti tidak akan jemu, malah gembira memilih masakan yang sesuai dengan cita rasa serta mood mereka,” katanya. 1. Jangan lupa sarapan! Ia penting untuk memulakan hari anda.

2. Gantikan nasi putih dan roti dengan bijirin tulen seperti nasi perang dan barli.

3. Makan pelbagai jenis sayur dan buah kerana ia mengandung­i pelbagai khasiat yang anda perlukan! 4. Kurangkan pengambila­n minuman ringan dan pilih jus perahan segar.

5. Kekal aktif dan pastikan anda bersenam sekurangku­rangnya dua jam seminggu!

 ??  ?? HIDANGAN enak dahmakan.
HIDANGAN enak dahmakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia