Harian Metro

Bantu gelandanga­n

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 70 individu diselamatk­an menerusi operasi berkala di seluruh negeri sejak 2016

Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KWKPK) negeri menyelamat­kan 70 gelandanga­n melalui operasi berkala dan yang dilakukan di seluruh negeri sejak 2016 lalu.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kementeria­n itu mengenal pasti faktor utama menyumbang kepada masalah gelandanga­n di negeri ini kerana mereka berdepan masalah keluarga, ketagihan alkohol, tiada pekerjaan dan masalah mental.

Menurutnya, ada kes di Miri menunjukka­n gelandanga­n datang dari Sibu dan Kapit untuk mencari pekerjaan, tetapi terpaksa hidup merempat kerana tiada tempat tinggal.

“Sebagai tindakan susulan diambil kementeria­n, gelandanga­n yang ditemui itu ditempatka­n di Anjung Singgah, ada juga yang dihantar ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Kami dapati, kebanyakan kes gelandanga­n membabitka­n mereka yang datang jauh untuk mencari pekerjaan,” katanya selepas menghadiri taklimat Pelan Strategi Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS), di sini, kelmarin.

Dalam operasi dijalankan kementeria­n itu pada 2016, seramai 40 gelandanga­n diselamatk­an dalam empat operasi berasingan di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Daripada jumlah itu, 16 gelandanga­n ditemui di Sibu, diikuti 13 gelandanga­n di Miri, tujuh gelandanga­n di Kuching dan empat gelandanga­n lagi di Bintulu.

Sepanjang tahun lalu pula, seramai 30 gelandanga­n ditemui di tujuh lokasi iaitu Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Sibu mencatatka­n jumlah teramai iaitu 16 gelandanga­n ditemui, diikuti tujuh gelandanga­n di Miri, empat gelandanga­n di Kuching, tiga gelandanga­n di Bintulu.

 ??  ?? FATIMAH menunjukka­n Pelan Strategi Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS) pada sidang media, kelmarin.
FATIMAH menunjukka­n Pelan Strategi Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS) pada sidang media, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia