Harian Metro

Lelaki ditahan miliki syabu RM600

-

Seorang lelaki warga Indonesia ditahan bersama syabu seberat 5.29 gram

(g) bernilai kira-kira RM600 di sebuah ladang sawit berhampira­n Kem Brumas, dekat sini, Isnin lalu.

Pada kejadian jam 6.22 petang itu, suspek berusia 33 tahun terbabit ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang melakukan operasi cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, ketika kejadian, anggota terserempa­k dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an di ladang berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis kemudian mahu memperkena­lkan diri untuk melakukan pemeriksaa­n, tetapi lelaki tersebut terus melarikan diri.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan polis. Bagaimanap­un, anggota polis berjaya memberkas suspek di lokasi sama tidak lama kemudian. Pemeriksaa­n pada badan lelaki itu tidak membawa kepada penemuan barang terlarang.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n lanjut pada beg sandang yang dibawa lelaki itu mendapati ia berisi 39 peket plastik lut sinar. Ia mengandung­i ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan dan dadah itu dirampas sebelum dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, berdasarka­n siasatan awal, dadah itu seberat 5.29g dan dianggarka­n bernilai RM600.

 ??  ?? FADIL
FADIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia