Harian Metro

BLUES BAZIR PELUANG

- AFP

London

Chelsea mensia-siakan peluang untuk menguasai pertembung­an separuh akhir Piala Liga menentang Arsenal apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan pertama awal pagi semalam.

Skuad kendalian Antonio Conte mendominas­i hampir keseluruha­n permainan di Stamford Bridge - di mana sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) digunakan - tetapi tiada penyudah tajam yang mampu menghadirk­an kemenangan.

Mereka mencatat 21 percubaan berbanding lapan oleh Arsenal dan perebutan ke final masih seimbang menjelang aksi timbal balik di Stadium Emirates pada 24 Januari.

“Kami tidak cukup tajam walaupun mencipta banyak peluang. Jika anda mahu menang anda perlu menjaringk­an gol,” kata Conte.

“Kami tidak dibolosi, tetapi kami tahu kami bermain di laman Arsenal nanti dan kami perlu bersedia untuk berjuang jika mahu beraksi di final.”

Ketika keputusan itu mengecewak­an buat Chelsea yang memburu final Piala Liga pertama sejak tahun 2015, seteru London, Arsenal menganggap­nya sebagai tonik terbaik buat mereka.

Arsenal yang turut seri dalam kedua-dua pertemuan dengan Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris musim ini, mengalami kekalahan paling memalukan sepanjang dikendali Arsene Wenger apabila tewas 2-4 di tangan kelab divisyen dua Nottingham Forest pada pusingan ketiga Piala FA Ahad lalu.

Walaupun Arsenal tidak beraksi pada tahap terbaik mereka, berbeza ketika tewas di Nottingham, Wenger berpuas hati melihat semangat juang ditunjukka­n anak buahnya ketika mengikat Chelsea.

Conte menurunkan sebahagian

 Chelsea gagal cipta bekalan selesa layan Arsenal di laman sendiri

besar pemain simpananny­a dalam laluan ke kelompok empat terakhir, tetapi Eden Hazard yang baru pulih daripada kecederaan betis, N’Golo Kante dan Thibaut Courtois terpaksa disenaraik­an dalam misi ke final di

Wembley - bertemu sama ada

Manchester

City atau

Bristol City.

Wenger yang menjalani hukuman penggantun­gan dan se-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia