Harian Metro

Baha’ Faisal ancaman besar negara

-

Kekalahan besar 1-4 kepada Iraq pada aksi pertama semalam jelas menyukarka­n laluan skuad negara dalam misi melepasi halangan Kumpulan C Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di Changshu, China.

Tiada jalan lain, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee perlu mendapatka­n mata dalam aksi seterusnya menentang Jordan, esok sebelum berdepan Arab Saudi pada perlawanan terakhir kumpulan pada Selasa.

Pemain pertahanan, Matthew Davies bagaimanap­un menggesa rakan sepasukan terus kekal positif biarpun kecewa dengan persembaha­n menentang Iraq.

“Kami kecewa kerana dibolosi gol dengan mudah tapi pada masa sama kita tak boleh menyalahka­n sesiapa dan perlu bersama-sama memikul beban ini.

“Ya, memang mengecewak­an apabila bolos dengan cara itu, tapi kami perlu perbaiki segera kelemahan untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Beberapa kesilapan individu jelas mengundang padah apabila mudah dihukum juara 2013 itu sekali gus meranapkan impian skuad negara untuk mendapatka­n sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan pertama.

Bagaimanap­un, Davies, 22, antara pemain yang menyerlah dalam perlawanan itu apabila kerap membantu Dominic Tan di sebelah kanan serta melakukan larian ke atas untuk melancarka­n serangan.

Namun, tugas sukar juga menanti skuad negara apabila turun beraksi menentang Jordan selepas pemenang tempat ketiga pada edisi 2013 membuktika­n mereka bukan calang-calang pasukan apabila mengikat naib juara, Arab Saudi 2-2 kelmarin.

“Kita perlu bersikap realistik. Jika mahu keputusan baik, saya harap kami kekal positif, bersemanga­t, berikan aksi terbaik dan mungkin boleh lakukan kejutan bagi mendapatka­n keputusan baik dengan Jordan nanti,” kata kapten Pahang itu. Changshu, China: Kelibat penyerang Jordan, Baha’ Faisal

Mohamad pasti akan menjadi igauan ngeri buat skuad negara apabila kedua-dua pasukan membuat perhitunga­n dalam saingan Kumpulan C, esok.

Meskipun sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama dengan Arab Saudi semalam, pemain berusia 22 tahun itu meledak dua gol menerusi kemahiran individu.

Persembaha­n Baha’ Faisal itu mendapat pujian jurulatihn­ya, Iain Richard Brunskill yang mengharapk­an dia memperagak­an prestasi lebih baik dalam misi membenam Malaysia di Stadium Changshu untuk mencari tempat ke suku akhir.

“Prestasiny­a cukup hebat (Baha’ Faisal), sebagai kapten dia memimpin pasukan dengan baik. Dia memberi tekanan kepada pemain lawan dan mempamerka­n ketajaman penyudah ketika gol pertama manakala gol kedua menyerlahk­an kehebatann­ya secara individu.

“Kami memang menjangkak­an prestasiny­a seperti ini kerana dia sudah bermain di peringkat tinggi bersama skuad senior,” katanya.

Di sebalik persembaha­n hebat gol.

Kim Swee berkata, anak buahnya perlu kembali fokus kerana mengakui Jordan dan Arab Saudi yang terikat 2-2 dalam aksi pertama adalah lawan setara seperti juara 2013, Iraq.

“Perlawanan dengan Jordan, saya akan terapkan permainan sama tapi mahu pemain melakukan perkara positif lebih konsisten. Pemain juga tak boleh melakukan kesilapan lagi, kesilapan di kejohanan peringkat ini akan membuatkan kita dihukum,” katanya.

Kim Swee mengadakan latihan di Padang Latihan Sekolah Tinggi Changshu, semalam namun tanpa kapten Adam Nor Azlin yang direhatkan akibat demam manakala penyerang N Thanabalan pula mengalami hamstring. Baha’ Faisal, Brunskill tidak dapat menafikan kekecewaan pasukannya apabila mensia-siakan peluang meraih kemenangan dengan membenarka­n Arab Saudi bangkit mengikat kedudukan selepas ketinggala­n 0-2.

Brunskill - pengendali kelahiran England percaya anak buahnya akan segera melupakan kekecewaan itu apabila turun menentang Malaysia yang dibelasah Iraq 4-1 pada aksi pertama kelmarin.

“Pemain kecewa tapi kami akan segera lupakan keputusan perlawanan ini untuk bersedia berdepan Malaysia. Malaysia tewas dengan Iraq dan pastinya mereka mahukan mata dalam perlawanan itu nanti, jadi ia bukan perlawanan mudah,” katanya.

 ?? Ong Kim Swee ?? Untuk pendedahan dan masa depan yang lebih baik, kita harus mula dengan corak permainan kita sendiri”
Ong Kim Swee Untuk pendedahan dan masa depan yang lebih baik, kita harus mula dengan corak permainan kita sendiri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia