Harian Metro

ABANG BANGLA SEKSYEN 28

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Sindiket penyeludup­an manusia antarabang­sa tumpas dengan penangkapa­n dalang utama dikenali sebagai Abang Bangla dalam satu serbuan di sebuah rumah di Seksyen 28, Shah Alam Selangor awal pagi, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sindiket ini dipercayai menjalanka­n kegiatan antara lapan bulan dan setahun lalu.

Katanya, siasatan mendapati Abang Bangla atau nama sebenarnya Abdur Rauf berusia 43 tahun menguruska­n kemasukan warga Bangladesh yang disenaraih­itamkan untuk masuk semula ke negara ini.

“Modus operandiny­a adalah menguruska­n tiket penerbanga­n mereka dari Dhaka ke Jakarta, Indonesia sebelum dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan tikus sama ada darat atau laut.

“Kemasukan mereka diuruskan ejen sindiket yang berada di Dhaka dan Jakarta serta menggunaka­n khidmat tekong untuk masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.

“Mereka terpaksa membayar RM15,000 hingga RM20,000 kepada sindiket untuk masuk ke Malaysia,” katanya di Ibu Pejabat Imigresen di sini, semalam.

Mustafar berkata, dalam kes ini sindiket menjadikan pesisir pantai Sekinchan sebagai lokasi pendaratan warga Bangladesh berkenaan sebelum disimpan di rumah pengapunga­n terlebih dulu hingga mereka menyelesai­kan bayaran berkenaan.

Katanya, selepas itu mereka akan diserahkan kepada ejen atau majikan yang memerlukan pekerja asing.

Beliau berkata, Abang Bangla dikesan masuk ke Malaysia pada Jun 2013 dan bekerja di sebuah syarikat di Brickfield­s, Kuala Lumpur, bagaimanap­un, siasatan mendapati pasportnya juga tamat pada Ogos 2016.

“Kami masih menyiasat sama ada dia hanya terbabit dalam membawa masuk warga Bangladesh atau terbabit dalam kegiatan lain seperti memalsukan dokumen dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan dilakukan sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa JIM jam 2 pagi itu, 50 warga Bangladesh berusia 20 hingga 45 tahun ditahan.

Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun yang disyaki bersubahat sebagai pembantu dan bersekongk­ol dengan Abang Bangla berkenaan.

“Sejumlah wang RM13,400 dan 48 pasport dirampas. Malah, sebuah teksi turut untuk siasatan lanjut.

“Abang Bangla dan pembantuny­a ditahan mengikut Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 (Akta 670) manakala 50 warga Bangladesh ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Dalam operasi berasingan semalam, Mustafar berkata, JIM menahan 183 warga asing iaitu 60 warga India, 121 (Bangladesh) dan dua lelaki Pakistan yang bekerja di sebuah gudang di Subang Jaya, Selangor.

Katanya, mereka dipercayai mangsa pemerdagan­gan manusia yang akan ‘dijual’ kepada majikan.

“Tangkapan dilakukan kerana mereka di premis itu dengan pendatang asing tanpa izin (PATI), kita jelas bahawa di tempat tertentu, majikan yang menggajika­n orang, mereka (majikan) hendaklah memberikan pekerjaan kepada orang itu, bukan menjual pula orang ini ke tempat lain yang akhirnya kita tahu ini adalah pemerdagan­gan orang atau perhambaan moden

“Mereka tidak sepatutnya bekerja di gudang berkenaan, ada beberapa syarikat penyumbera­n luar yang uruskan mereka ke tempat itu, kami sedang menjalanka­n siasatan terhadap pemilik gudang dan ejen syarikat penyumbera­n luar ini,”katanya.

Dalang utama sindiket bawa masuk warga asing melalui Jakarta ditahan di Shah Alam Abang Bangla dikesan masuk ke Malaysia pada Jun 2013 dan didapati pasportnya juga tamat pada Ogos 2016

Mustafar Ali

 ?? FOTO:
AHMAD IRHAM MOHD NOOR ?? MUSTAFAR (tengah) melihat pasport yang dirampas dalam serbuan di Shah Alam, semalam.
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR MUSTAFAR (tengah) melihat pasport yang dirampas dalam serbuan di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia