Harian Metro

NIKMAT DUIT HARAM

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Lapan kereta mewah, barang kemas, duit RM2.1 juta dirampas daripada sindiket dadah

terbesar dalam serbuan

Kuala Lumpur

Deretan lapan kereta mewah, simpanan barang kemas, koleksi jam tangan berjenama selain longgokan wang tunai berjumlah RM2.1 juta.

Semua ‘harta’ ini cukup menggambar­kan kemewahan dikecapi lapan individu yang menjadi ahli sindiket pengedaran dadah terbesar di ibu kota.

Kegiatan itu bagaimanap­un dibongkar anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman hasil serbuan di enam lokasi di ibu kota dan Johor sejak Rabu lalu.

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM721,000 daripada sindiket yang turut membabitka­n seorang anggota polis.

Semua suspek membabitka­n tujuh lelaki dan seorang wanita berusia dari 32 hingga 58 tahun itu diberkas hasil operasi dijalankan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) bersama polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, serbuan pertama di sebuah rumah di Sri Petaling di sini, menahan pasangan kekasih dan menemui 10.3 kilogram (kg) syabu dan 37 biji pil ekstasi.

“Kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing juga menunjukka­n mereka positif dadah jenis methapheta­mine. Kami turut menemui wang pelbagai nilai dianggarka­n RM2.1 juta disimpan di kediaman itu.

“Dalam serbuan kedua, polis menahan tiga lelaki bersama 56 gram ketamin, 7.9 gram ganja, 11.5 gram syabu, 10 biji pil ekstasi dan 10 biji pil Eramin 5 di Pandan Perdana, Ampang. Ketiga-tiga mereka mempunyai rekod jenayah membabitka­n dadah dan samun,” katanya pada sidang media di Balai Polis Travers di sini, semalam.

Beliau berkata, polis menahan seorang lelaki di Setiawangs­a, selain memberkas seorang lelaki yang juga anggota polis di rumahnya di Jalan Usahawan, dekat Setapak.

“Pemeriksaa­n di rumah anggota polis berusia 30-an dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu menemui 50 peluru jenis 9mm. Anggota polis itu dipercayai berperanan sebagai orang tengah dan pengedar dadah kecil-kecilan.

“Seorang lagi lelaki turut ditahan di Muar, Johor

“Pihak kami turut menyita lapan kereta, lima jam tangan mewah dan barang kemas dianggarka­n bernilai RM630,000 bersama wang tunai berjumlah RM2.1 juta

Mohmad

sebelum serbuan terakhir dilakukan di Bukit Kaya, Negeri Sembilan. Hasilnya polis menahan seorang lagi ahli sindiket,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruha­n pihaknya merampas 10.3 kg syabu, 56 gram ketamin, 7.9 gram ganja, 10 biji pil Eramin 5 dan 42 pil ekstasi dengan nilai dianggarka­n RM721,000.

“Pihak kami turut menyita lapan kereta, lima jam tangan mewah dan barang kemas dianggarka­n bernilai RM630,000 bersama wang tunai berjumlah RM2.1 juta.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam (kelmarin) untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? MOHMAD
(empat dari kiri) menunjukka­n hasil rampasan daripada sindiket dadah terbesar di ibu kota.
MOHMAD (empat dari kiri) menunjukka­n hasil rampasan daripada sindiket dadah terbesar di ibu kota.
 ??  ?? ANTARA dadah yang diedar sindiket.
ANTARA dadah yang diedar sindiket.
 ?? FOTO: ?? DADAH dalam peket kecil.
SAIRIEN NAFIS
FOTO: DADAH dalam peket kecil. SAIRIEN NAFIS
 ??  ?? JAM tangan mewah milik sindiket.
JAM tangan mewah milik sindiket.
 ??  ?? BARANG kemas dan wang tunai.
BARANG kemas dan wang tunai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia