Harian Metro

KORBAN JALAN LICIN

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

Ibu, anak maut nahas MPV rempuh tembok batu

Seorang lelaki terpaksa menerima hakikat apabila dia kehilangan ibu dan anaknya dalam sekelip mata dalam kemalangan di Kilometer 41 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong jam 12 tengah hari, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Ahmad Zaim Mokhtar, 54, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis dikatakan hilang kawalan sebelum sebelum berpusing ke sebelah kiri jalan dan melanggar tembok batu.

Ekoran itu, ibu mangsa, Minah Hassan, 82, serta anak perempuann­ya, Nabilah Qistina, 14, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang, Deputi Superinten­dan Semari Sumar berkata, ketika kejadian MPV itu dinaiki lima mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Chendering, Terengganu dari Sri Iskandar, Perak.

“Siasatan awal mendapati pemandu gagal mengawal kenderaann­ya akibat jalan licin serta berselekoh. Ekoran itu ibu serta anak mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bersama isteri dan seorang lagi anak perempuann­ya cedera di beberapa bahagian anggota badan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Bentong.

Semari berkata, keterangan pemandu itu akan diambil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. “Abang sempat berjumpa dengan saya dan ibu kelmarin sebelum kami dimaklumka­n berhubung kemalangan maut itu,” kata Mohamad Shahidan Che Mud, 33, adik kepada Sabki, 44, yang maut dalam kemalangan membabitka­n dua kereta di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, di Salor Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.10 pagi itu, seorang wanita yang tidak dikenal pasti identitiny­a yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut maut.

Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Kemalangan berlaku apabila kereta Honda Civic yang dinaiki mereka dari arah Kota Bharu menghala Pasir Mas gagal memotong sebuah kereta sebelum hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentang­an dan dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra di bahagian kiri.

Mohamad Shahidan berkata, kali terakhir dia bertemu abangnya kelmarin dan dia tidak menunjukka­n sebarang perubahan.

“Kami sekeluarga terkejut sebaik menerima kematian abang yang terbabit dalam kemalangan. Pemergiann­ya amat kami rasai kerana abang sangat rapat dengan keluarga, namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta yang remuk selepas kemalangan, semalam.
KEADAAN kereta yang remuk selepas kemalangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia