Harian Metro

Anggota polis mahu ambil anak maut

-

Maran: Hajat seorang anggota polis untuk mengambil anaknya di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Gambang, Kuantan berakhir tragedi apabila penjawat awam itu maut dalam kemalangan di Kilometer 145, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Sarjan Mustapa Abdul Aziz, 51, maut di tempat kejadian selepas tercampak dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina yang dipandu isterinya.

Mangsa yang bertugas di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dikatakan tercampak beberapa meter dari kenderaann­ya sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.

Difahamkan isteri mangsa yang dikenali sebagai Juria Japri, 48, cedera di kepala serta beberapa anggota badan dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superinten­dan Norzamri Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang duduk di sebelah depan bahagian penumpang bersama isterinya dalam perjalanan menghala Kuantan dari Klang, Selangor sebelum MPV dinaiki mereka hilang kawalan dan terbalik.

“Siasatan awal mendapati MPV dipandu isteri mangsa dikatakan gagal dikawal sebelum terbabas dan terbalik. Ekoran itu mangsa tercampak dari kenderaann­ya manakala isterinya dikeluarka­n orang ramai.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati laluan itu berselekoh dan ketika kejadian keadaan jalan basah disebabkan hujan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, polis masih menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan yang dinaiki mangsa dan isteri selepas terbabas di Kilometer 145 LPT, semalam.
KEADAAN kenderaan yang dinaiki mangsa dan isteri selepas terbabas di Kilometer 145 LPT, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia