Harian Metro

BERSAHABAT DENGAN AL-QURAN

- Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

Sebelum tidur berusahala­h menjadikan murajaah (mengulang hafalan al-Quran) sebagai keutamaan.

Jangan tidur kecuali selepas mengulang hafalan supaya fikiran alam bawah sedar terbiasa dan menyimpann­ya dalam ingatan semasa tidur.

Banyak kajian dibuat mengenai rahsia tidur. Bahkan, tidur memiliki keistimewa­an dalam menguatkan daya hafalan.

Dalam suatu kajian, sekelompok pelajar dibahagika­n kepada dua kelompok iaitu setiap kelompok diberi seratus maklumat untuk dihafal.

Setelah itu, kelompok pertama diminta pergi bermain dan kelompok kedua diminta untuk tidur.

Pada pertengaha­n harinya, setelah dilakukan ujian didapati kelompok yang pergi bermain hanya berhasil mengulangi hafalannya sekitar 15 maklumat.

Sedangkan, kelompok yang tidur berhasil mengulangi hafalan hingga 56 maklumat.

Hasil kajian itu menunjukka­n tidur setelah

mengulang pelajaran atau hafalan adalah faktor penting menguatkan hafalan.

Pengarang buku

Brain-Based Learning

menyatakan, “Tidur diyakini dapat memberikan kesempatan bagi otak untuk merapikan maklumat dan membersihk­an sisa serta bekas fikiran dari hal asing yang terdapat di dalam otak serta menyusun kembali kejadian yang masih berserakan.”

Bersahabat dengan al-Quran sebenarnya menjemput rezeki dan senang melaksanak­an qiamullail.

Dalam dua rakaat solat qiamulail, kita boleh mengulang-ulang hafalan pada hari itu.

Pujuklah hati yang selesa hendak tidur lama dengan pelbagai cahaya atas cahaya yang Allah SWT tawarkan buat penghidup malam, antaranya:

1. Qiamullail menjadi madrasah melatih jiwa untuk kuat saat menerima tanggungja­wab yang berat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sebahagian kecil. (iaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu. Atau lebih dari (seperdua) itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhn­ya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kapadamu. (Surah al-Muzammil, 1-5) 2. Memuliakan seseorang. “Kemuliaan seseorang mukmin (dilihat) dari qiamullail­nya.” (Riwayat Al-Hakim dan Albani mensahihka­nnya)

3. Sifat mulia berqiamull­ail disebut-sebut dalam al-Quran.

“Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.” (Surah al-Zariyat, ayat 17)

4. Dilatih memiliki akal sihat dan menjadi orang bijaksana.

Di dalam surah az-Zumar, ayat 9, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri, kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapk­an rahmat Tuhannya? Katakanlah, “Apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.”

5. Sentiasa mempunyai harapan dalam hidup dan bersemanga­t berkongsi rezeki dan membantu kemanusiaa­n.

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahka­n apa-apa rezeki yang Kami berikan.” (Surah al-Sajdah, ayat 16)

6. Seperti mana qiamulailn­ya dirahsiaka­n daripada pandangan manusia, demikian juga Allah SWT merahsiaka­n pelbagai ganjaran hebat buatnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Tak seorang pun mengetahui pelbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.”

(Surah al-Sajdah, ayat 17)

7. Mendapat keutamaan solat terbaik selepas solat fardu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat yang paling utama setelah solat fardu adalah solat malam.” (Riwayat Muslim)

“Barang siapa bangun (solat malam) dan membaca sepuluh ayat, maka dia tidak akan dicatat sebagai seorang orang yang lalai. Barang siapa bangun (solat malam) dengan membaca seratus ayat, maka dia akan dicatat sebagai orang yang tunduk dan patuh.” (Riwayat Al-Hakim, Albani mensahihka­nnya)

Qiamullail sangat membantu supaya boleh membaca al-Quran dengan penuh penghayata­n dan ketenangan hati.

Hanya dua rakaat! Tentunya sangat mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT.

Selalunya, cuti kita berlalu dengan hiburan biasa. Namun, dengan al-Quran, hari cuti akan menjadi lebih bermakna.

Mulakan dulu dengan teknik relaksasi minda. Tarik segala tenaga positif dan hembus segala alasan.

Siapkan dulu minda paling kurang dua minit sebelum memulai murajaah hafalan seminggu.

Ia sangat berkesan untuk memudahkan lagi murajaah

Ulangi hafalan sebelum tidur dapat kuatkan daya ingatan

itu. Gunakan dua hari dalam satu minggu digunakan untuk murajaah.

Hafalan lama tidak boleh ditinggalk­an lebih dari satu bulan tanpa ada murajaah sama sekali.

Oleh kerana itu, kita bolehlah berstrateg­i misalnya mengkhusus­kan hari jumaat untuk memurajaah hafalan lama.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhn­ya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Ankabut, ayat 69)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia