Harian Metro

HEMBUS NAFAS TERAKHIR

Ibu Pengarang Eksekutif Harian Metro meninggal dunia akibat kanser usus

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Ibu kepada Pengarang Eksekutif Harian Metro Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein meninggal dunia akibat kanser usus di kediamanny­a di Kampung Melayu Sungai Sering, Bukit Antarabang­sa, semalam.

Allahyarha­m Siti Noor Ab Rahman, 78, yang uzur sejak enam bulan lalu menghembus­kan nafas terakhir pada jam 7.35 malam (kelmarin).

Sebelum ini, Allahyarha­m pernah dirawat dan dimasukkan ke Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin di Wangsa Maju di sini, sebelum dibawa pulang ke rumah dua minggu lalu selepas keadaannya kembali stabil namun lemah.

Tuan Asri yang juga anak kelima daripada enam beradik berkata, beliau menerima panggilan mengenai keadaan ibunya yang tenat malam tadi (kelmarin) daripada kakak iparnya sebelum bergegas pulang.

“Walaupun bersedih namun kami reda kerana arwah pergi menghadap Ilahi dalam keadaan baik. Alhamdulil­lah semua berjalan lancar.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada adik-beradik dan sanak-saudara yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan ibu sepanjang hayatnya termasuk menjaga arwah sepanjang hayatnya,” katanya ketika ditemui di Masjid Bukit Antarabang­sa, Ampang di sini, semalam.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada sahabat handai yang menzahirka­n ucapan takziah terhadap seluruh ahli keluarga.

Jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan di Masjid Bukit Antarabang­sa selepas solat Jumaat sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak (Taman Selaseh), Batu Caves. Allahyarha­m meninggalk­an lima anak lelaki dan seorang anak perempuan, 27 cucu serta empat cicit.

Turut hadir menziarah jenazah Allahyarha­m ialah Pengerusi Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Tan Sri Ismail Omar, Pengarang Kumpulan NSTP Datuk Yushaimi Maulud Yahaya, Pengurus Besar Digital, Pembanguna­n dan Perniagaan NSTP, Azizi Othman, Pengarang Eksekutif Projek Khas NSTP Othman Mamat dan bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar.

 ??  ?? TUAN Asri (empat kanan) menaburkan bunga di atas pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Batu Caves. Gambar kecil, Siti Noor.
TUAN Asri (empat kanan) menaburkan bunga di atas pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Batu Caves. Gambar kecil, Siti Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia