Harian Metro

KELAS JAHIT TAHFIZ

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

 MTUQ buka bengkel untuk wanita lepasan sekolah miliki kemahiran

Maahad Tahfiz al-Quran Ummul Qura (MTUQ) di Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda di sini muncul pusat tahfiz pertama di negara ini yang menggabung­kan pengajian al-Quran dengan kemahiran selain memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan.

Pusat tahfiz berkenaan menyediaka­n bengkel jahitan kepada wanita lepasan sekolah berusia 18 hingga 35 tahun untuk mendalami bidang jahitan selain diberi elaun antara RM1,000 dan RM1,500 sebulan bergantung pada kualiti kerja dan produktivi­ti.

Pelatih hanya dikenakan bayaran RM300 ketika pendaftara­n manakala latihan adalah percuma, tetapi diwajibkan mengikuti kuliah agama dan pengajian al-Quran yang disediakan pihak pengurusan dari semasa ke semasa secara percuma.

Yang Dipertua merangkap Pengetua MTUQ Noorhayati Saaidin berkata, kumpulan pertama membabitka­n 10 pelatih akan beroperasi minggu depan disusuli 50 pelatih lagi menjelang Mac depan.

Katanya, selain lepasan sekolah, pihaknya turut membuka peluang kepada bekas pelajar tahfiz dari sekolah lain untuk mendalami kemahiran di Bengkel Jahitan MTUQ.

“Kami sudah beroperasi sejak 17 tahun lalu dan bengkel jahitan baru diperkenal­kan pada tahun ini untuk pelajar perempuan. Manakala pelajar tahfiz lelaki boleh ambil jahitan sebagai kokurikulu­m dan kami merancang untuk membuka bengkel makanan ringan serta memasang alat elektronik kepada pelajar lelaki.

“Bengkel Jahitan

MTUQ sedia menerima tempahan jahitan pakaian secara pukal selain membantu maahad menjana pendapatan.

“Selalunya maahad tahfiz sering dikaitkan dengan kutipan derma, tetapi kami berusaha untuk menjadi pusat tahfiz berdikari. Namun, sumbangan orang ramai tetap dialu-alukan,” katanya selepas menerima 11 mesin termasuk mesin pemotong diserahkan Pengerusi Pembanguna­n MTUQ Suhaimi Md Zani, semalam.

Noorhayati berkata, pelatih yang sudah mahir dan mahu membuka bengkel jahitan sendiri berpeluang cerah untuk menjadi vendor MTUQ serta berpeluang membekalka­n semula pakaian siap dijahit.

Menurut Noorhayati, buat masa ini, peluang masih dibuka kepada mereka yang berminat menyertai bengkel jahitan dan pelatih akan terpilih selepas proses saringan.

 ??  ?? SUHAIMI (lima dari kiri) menyerahka­n mesin jahit kepada Noorhayati.
SUHAIMI (lima dari kiri) menyerahka­n mesin jahit kepada Noorhayati.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia