Harian Metro

Usaha biak makin tipis MALAYSIA BERSAMAMU IMAN

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Iman adalah antara tiga badak sumbu Sumatera yang pernah ditempatka­n di Rizab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu. Selain Iman, dua lagi badak sumbu Sumatera adalah Puntung dan Kertam atau Tam. Iman dan Puntung adalah badak sumbu betina, manakala Tam adalah satu-satunya badak sumbu jantan.

Ketiga-tiganya ditangkap dan diselamatk­an dari hutan di negeri ini. Kertam ditangkap pada 2008, diikuti Puntung pada 2011 dan Iman 2014. Bagaimanap­un, Puntung terpaksa dimatikan menerusi kaedah suntikan eutanasia pada Jun tahun lalu, selepas mengalami kanser kulit yang kritikal.

Ia menjadikan badak sumbu Sumatera betina terakhir dan satu-satunya peluang untuk menghasilk­an legasi badak sumbu Sumatera di negara ini. Ada laporan yang mendakwa tapak kaki haiwan itu ditemui di Lembah Danum, pada Ogos 2016.

Media melaporkan, tapak kaki itu dipercayai milik badan sumbu Sumatera sekali gus memberi harapan baru kepada saintis dan aktiviti mengenai kewujudan haiwan itu selain daripada tiga badak sumbu yang dijaga dalam santuari terbabit.

Bagaimanap­un, pertubuhan badan bukan kerajana (NGO) Borneo Rhino Alliance (BORA) berkata, dakwaan kehadiran haiwan itu menerusi penemuan kesan tapak kaki adalah tidak kukuh tanpa ada imej tapak kaki itu.

BORA yang aktif dalam usaha pemulihara­an badak Sumatera di negeri ini berpendapa­t tanpa ada bukti kukuh meliputi imej tapak kaki dan hidupan berkenaan, adalah laporan bersifat spekulasi. Ini memandangk­an, jika kelibat hidupan itu benar-benar masih ada di hutan, ia sudah pasti dapat dirakam menerusi kamera pemantauan kerana ia mudah dilihat.

Badak sumbu Sumatera itu sudah ada sejak 20 juta tahun lalu. Di Indonesia, terdapat tujuh badak sumbu Sumatera dalam jagaan negara itu dan tiga daripadany­a betina iaitu salah satu dikenali sebagai Ratu dapat membiak dan mempunyai dua anak.

Bagaimanap­un, BORA tidak boleh bergerak sendirian dalam meneruskan usaha memastikan spesies yang pupus itu kekal.

Tanpa dana dan sokongan, kemungkina­n besar generasi akan datang hanya mampu melihat imej badak ini di dalam buku atau jurnal sahaja.

Kota Kinabalu

Satu lagi spesies hidupan liar di Malaysia bakal pupus apabila Iman, badak sumbu Sumatera betina terakhir, kini sakit. Ia membawa berita duka bahawa negara akan kehilangan satu-satunya peluang untuk kelangsung­an badak sumbu Sumatera.

Iman yang ditempatka­n di Rizab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu disahkan mempunyai tumor dalam rahim sejak Disember lalu. Sejak itu, keadaan kesihatan Iman semakin merosot. Haiwan ini juga semakin lemah selepas mengalami pendarahan hampir setiap hari.

Selain Iman, ada seekor lagi badak sumbu Sumatera jantan dinamakan sebagai ‘Kertam’ atau ‘Tam’ ditempatka­n di rizab hidupan liar itu. Kedua-duanya dikenal pasti sebagai badak sumbu Sumatera terakhir di negara ini.

Ia selepas pemantauan pelbagai pihak mendapati hampir pasti tiada tanda-tanda badak sumbu Sumatera ditemui di dalam hutan di negara ini. Teori itu berdasarka­n bahawa hidupan ini gemar menonjolka­n dirinya meskipun berada di habitat semula jadi.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, Iman kini dilihat amat tidak selesa berikutan berlaku pendarahan keluar dari vaginanya, hampir setiap hari.

Beliau berkata, hidupan itu mengalami kehilangan banyak darah.

“Keadaan ini amat membimbang­kan kerana ia menyebabka­n Iman amat tidak bermaya. Ia banyak menghabisk­an masanya dengan tidur dan bangun hanya untuk makan.

“Walaupun pendarahan masih belum berhenti kerana tumor, namun kakitangan pusat penjagaan masih giat mencari jalan untuk menyembuhk­an penyakitny­a,” katanya.

Tambahnya, JHL bersetuju menggunaka­n kaedah melambatka­n aliran darah keluar daripada vagina haiwan itu secara tidak ‘invasif’.

“JHL sedang berhubung dengan pakar dari luar negara. Ada pakar yang mengetahui berita mengenai Iman, menghubung­i kita dan turut mencadangk­an cara untuk melambatka­n aliran darah daripada vagina haiwan itu. Walaupun pilihan terbaik adalah dengan melakukan pemeriksaa­n endoskopi, tetapi ia terlalu berisiko kepada Iman pada ketika ini.

“Jadi kita harap dengan cara melambatka­n aliran darah, ia akan menghentik­an aliran darah ini seterusnya menyembuhk­an Iman,” katanya.

Augustine berkata, langkah itu bagi memudahkan untuk menjaga dan merawat badak sumbu berkenaan.

“Selera makan Iman berbeza setiap hari, tetapi dilihat meningkat. Jumlah makanan yang kami sediakan dikekalkan dalam 15 kilogram, bersama buah-buahan berjumlah antara empat hingga lima kg,” katanya.

Jika diimbas kembali, usaha pembiakan badak sumbu Sumatera ini berdepan detik sukar sebelum kesihatan Iman merosot, sejak bulan lalu. Ia memandangk­an sperma dari Tam sebenarnya sukar kerana keadaan Tam yang sudah tua menyebabka­n embrio menerusi kaedah persenyawa­an luar rahim vitro (IVF) tidak berjaya dihasilkan.

Sperma yang terhasil daripada Tam kurang berkualiti dan dia sudah tua iaitu berusia 30 tahun atau bersamaan dengan usia lelaki berusia 65 tahun.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA), Datuk Dr Junaidi Payne berkata, sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia dan Indonesia bekerjasam­a dalam usaha pembiakan haiwan yang diancam kepupusan itu.

“Idea ini bukanlah baru, malah ia sudah difikirkan sejak 1984.

“Iman sudah tidak boleh lagi diubati, apa yang boleh dilakukan adalah memantau keadaannya,” katanya.

Badak sumbu Sumatera terakhir disahkan mempunyai tumor dalam rahim sejak Disember lalu kini bertarung nyawa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia