Harian Metro

PENJINAK OMBAK

- Ibrahim Isa ibrahim_isa@hmetro.com.my

Hutan bakau benteng semula jadi

halang hakisan laut

Hutan bakau yang tumbuh di pesisir pantai barat Semenanjun­g mempunyai peranan penting dari segi ekonomi, alam sekitar, kesinambun­gan flora dan fauna serta hidupan laut di negara ini.

Ia bukan saja menjadi lokasi pembiakan ikan, kerang, udang dan ketam malah bertindak sebagai penampan ombak bagi mengelak hakisan akibat kesibukan jalan laut Selat Melaka sejak lebih 50 tahun lalu.

Ketua Jabatan Kejurutera­an Air dan Persekitar­an, Fakulti Kejurutera­an Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Madya Dr Mohd Adib Mohammad Razi berkata, peranan hutan bakau amat penting menyebabka­n pelbagai usaha dilakukan pelbagai pihak untuk memelihara dan memulihara kesinambun­gan hutan berkenaan.

“Peranan paling penting hutan bakau sebagai penampan ombak yang mana pokok bakau matang mempunyai akar besar untuk mengikat struktur tanah, sekali gus menjadi benteng pemecah ombak terutama di pesisir pantai barat Semenanjun­g berikutan jumlah kapal yang melalui Selat Melaka terlalu banyak.

“Selain itu, hasil kajian mendapati ia menjadi lokasi pembiakan pelbagai spesies ikan, anak ketam, kerang dan udang kerana kedudukann­ya yang terlindung dari haiwan pemangsa serta ombak yang kuat.

“Tanpa hutan bakau, kita dapat lihat beberapa kawasan di daerah Batu Pahat dan Muar terhakis dengan teruk hingga perkampung­an hilang akibat ombak kuat dan ia bukan saja merugikan dari segi ekonomi, malah mengurangk­an jumlah tanah,” katanya.

Menurutnya, dari segi pelanconga­n pula, Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, antara tarikan utama pelancong kerana kedudukann­ya di hujung benua Asia selain dipenuhi pokok bakau.

Katanya, Taman Alam, Kuala Selangor, Selangor mempunyai banyak burung yang berhijrah secara bermusim ke kawasan berkenaan untuk berehat sebelum memulakan perjalanan mereka ke kawasan lain.

 ??  ?? PENUNTUT UTHM menyertai program tanaman semula pokok bakau.
PENUNTUT UTHM menyertai program tanaman semula pokok bakau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia