Harian Metro

SOLAT MEREKA SAH!

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Warga Bangladesh sembahyang Jumaat di surau dibina khas berikutan masjid terletak jauh

“Tiada isu atau salah laku yang dibuat mereka untuk sembahyang di surau ini malah solat Jumaat mereka juga sah,” kata Mohd Ali Sihap, 62, Nazir Masjid Al-Qayyum, Armada Putra, dekat sini, semalam.

Beliau yang mewakili Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang meninjau surau tidak bernama itu yang dikatakan dibina khas untuk warga Bangladesh di kawasan berkenaan.

Tinjauan itu juga dilakukan selepas timbul isu keraguan sah solat yang membimbang­kan orang ramai terutama penduduk di situ.

Malah imam, bilal serta ahli jawatankua­sa surau berkenaan terdiri daripada warga Bangladesh dan khutbah Jumaat turut dibacakan dalam bahasa mereka.

Surau beratapkan zink yang dibangunka­n di sebelah bangunan kilang di Jalan Sungai Pinang itu dibina sejak 2008 dan pada 2013, solat Jumaat diadakan di situ.

Surau yang dilengkapi penghawa dingin itu boleh memuatkan kira-kira 300 ahli kariah di bahagian dalam manakala lebih 100 orang di luar.

Mohd Ali yang sama-sama menunaikan solat Jumaat di surau itu, semalam, berkata, sepanjang menunaikan solat terbabit, tiada perkara meragukan dikesan.

“Walaupun berbeza mazhab yang mana kita mengamalka­n Mazhab Shafie dan mereka pula Mazhab Hanafi, namun tiada masalah. Mereka sahabat Islam, jadi tiada isu.

“Mereka mendirikan solat Jumaat di surau ini berikutan masjid terletak jauh, apatah lagi mereka tidak mempunyai pengangkut­an.

“Malah mereka dianggap berusaha untuk mendirikan solat Jumaat serta tidak mengabaika­nnya di samping ibadah lain,” katanya.

Mohd Ali berkata, pihaknya akan menjalanka­n pemeriksaa­n berkala di surau itu serta memberi tunjuk ajar kepada imam serta ahli kariahnya.

Lebih 90 peratus yang mendirikan solat di situ adalah warga Bangladesh manakala selebihnya warga Pakistan, Indonesia dan masyarakat Melayu.

Sementara itu, imam surau terbabit, Maulana Sirajul Islam Abu Hanif, 46, berkata, dia sudah sembilan tahun ditugaskan di surau berkenaan.

“Saya dibayar upah dan elaun RM1,300 sebulan untuk menjalanka­n tugas di surau ini. Tidak banyak perbezaan solat Jumaat mengikut mazhab kami,” katanya.

Ahli kariah surau itu yang juga pekerja kedai runcit warga Bangladesh, Mohd Farouk Iswalisata­r, 45, berkata, hampir 10 tahun dia menunaikan solat di surau terbabit.

“Surau ini dibina pada 2008 dan sejak empat tahun lalu, solat Jumaat diadakan di sini.

“Ia (surau ini) memudahkan kami, apatah lagi kami tidak mempunyai kenderaan seperti motosikal mahupun kereta untuk ke masjid yang terletak jauh,” katanya.

Warga tempatan, Mohd Rosli Abdullah, 65, berkata, sudah hampir empat tahun dia menggunaka­n surau itu dan tiada apa yang meragukan.

“Tempat kerja saya dengan surau ini dekat dan saya hanya berjalan saja ke sini. Untuk ke masjid, ia mengambil masa kerana terletak kira-kira 10 kilometer dari sini,” katanya.

 ??  ?? ANTARA warga Bangladesh yang menunaikan solat Jumaat di surau yang dibina di Jalan Sungai Pinang, Pelabuhan
Klang.
ANTARA warga Bangladesh yang menunaikan solat Jumaat di surau yang dibina di Jalan Sungai Pinang, Pelabuhan Klang.
 ??  ??
 ?? Mohd Rosli Abdullah ?? Tempat kerja saya dengan surau ini dekat dan saya hanya berjalan saja ke sini. Untuk ke masjid, ia mengambil masa kerana terletak kira-kira 10 kilometer dari sini”
Mohd Rosli Abdullah Tempat kerja saya dengan surau ini dekat dan saya hanya berjalan saja ke sini. Untuk ke masjid, ia mengambil masa kerana terletak kira-kira 10 kilometer dari sini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia