Harian Metro

LEPAS ‘TENSION’ KERJA

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Sukan dodgeball semakin digemari, sesuai dimainkan bersama ahli keluarga

Sukan dodgeball mungkin baru di negeri ini, namun ia kian menjadi pilihan segelintir masyarakat tidak mengira usia dan jantina.

Ini kerana sukan berkenaan bukan saja mampu menyihatka­n badan, malah ia juga dapat melepaskan tekanan.

Rosalinah Limi, 45, dari Kampung Seberang Marang berkata, usianya bukan penghalang untuk aktif dengan sukan dodgeball biarpun sukan itu memerlukan pergerakan pantas dan agresif.

“Bagi saya sukan ini dapat menghilang­kan tekanan, segala masalah dapat dilepaskan ketika bermain dan paling penting ia secara tidak langsung dapat menyihatka­n badan.

“Selama ini, saya tercari-cari sukan yang sesuai dengan jiwa dan akhirnya apabila diberitahu mengenai sukan ini, saya mencubanya sekali gus berminat mengikuti sesi latihan dodgeball setiap hujung minggu secara serius,” katanya ketika ditemui menjalani latihan dodgeball di Kompleks Sukan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini, semalam.

Menurutnya, dodgeball turut diminati tujuh anaknya selepas dia mendorong semua mereka menyertai sukan itu bagi memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan keluargany­a.

“Memang seronok bila semua ahli keluarga terbabit dengan sukan ini yang memberi kecergasan kepada pemain selain menguji minda ketika mengatur strategi untuk menewaskan lawan,” katanya.

Heng Yi Xun, 23, dari Kampung Bukit Besar berkata, dia teruja apabila mengetahui kewujudan pasukan dodgeball di negeri ini.

“Saya mula bermain dodgeball sejak 2015 ketika masih menuntut di universiti dan sangat aktif kerana sukan itu sesuai dengan minat selain memberi kepuasan tersendiri.

“Apabila menyertai Persatuan Dodgeball Negeri Terengganu (PDNT), saya berpeluang menggunaka­n kemahiran yang ada untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka yang baru mengenali sukan ini. Sukan ini memang menjadi medan utama saya melepaskan tekanan ketika belajar dan pada masa sama ia senaman paling efektif untuk memberi kecergasan dan menyihatka­n badan,” katanya yang pernah mewakili Universiti Nilai dalam sukan itu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemain dodgeball yang aktif beriadah dalam sukan semakin popular.
SEBAHAGIAN pemain dodgeball yang aktif beriadah dalam sukan semakin popular.
 ??  ?? GOLONGAN hawa giat menyertai sukan dodgeball.
GOLONGAN hawa giat menyertai sukan dodgeball.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia