Harian Metro

Tak sabar belajar ilmu perniagaan

-

Shah Alam: Orang ramai tidak sabar mahu mengunjung­i Festival GegaRia di tempat letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City di sini, hari ini.

Pelajar, Ain Najihah Mat Rosidi, 24, berkata, dia mahu mengunjung­i festival berkenaan berikutan ingin menimba ilmu perniagaan.

“Terdapat Zon Gaya Hidup yang mana selebriti serta usahawan berjaya akan berkongsi tip mengenai perniagaan.

“Kebetulan saya ada menjual pakaian Muslimah secara kecil-kecilan. Dengan perkongsia­n ini, secara tidak langsung saya dapat mengembang­kan perniagaan saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, usahawan muda lebih tahu siapa pasaran mereka malah lebih arif bagaimana untuk menjual barangan sehingga sampai ke golongan sasar.

Kakitangan pusat karaoke, Muhammad Firdaus Roslan, 25, berkata, dia mahu menyertai pertanding­an permainan elektronik FIFA Online 3 yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pemain.

“Sebelum ini, saya memang selalu menyertai permainan itu. Walaupun tidak pernah menang tetapi dapat berjumpa dengan peserta lain juga sangat bermakna buat saya.

“Dari situ saya buat kawan. Pertanding­an ini pun saya tahu daripada mereka berikutan kita sudah ada komuniti sendiri yang memberi info berkenaan pertanding­an seperti itu,” katanya.

Pemandu Uber, Norfarah Syafira Mohd Sabri, 27, berkata, dia tidak sabar mahu mengetahui tip menarik dalam fesyen dan juga ilmu persolekan daripada selebriti.

“Saya memang taasub dengan dunia persolekan. Saya tidak mahu lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu daripada mereka yang mahir,” katanya.

Terdapat Zon Gaya Hidup yang mana selebriti serta usahawan berjaya akan berkongsi tip mengenai perniagaan”

Ain Najihah Saya tidak mahu lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu daripada mereka yang mahir”

Norfarah Syafira

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia