Harian Metro

GDV CECAH RM4.65B

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 OSK Property bakal lancar tiga projek hartanah perbandara­n, kediaman

OSK Property Holdings Berhad (OSK Property) bakal melancarka­n tiga projek hartanah perbandara­n dan kediaman pada tahun ini dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) mencecah RM4.65 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ong Ghee Bin berkata, tiga projek hartanah terbabit ialah Ryan & Miho di Petaling Jaya, Iringan Bayu di Seremban, Negeri Sembilan dan Hika di Cheras.

Beliau berkata, Ryan & Miho dan Iringan Bayu, masing-masing dengan GDV sebanyak RM593 juta dan RM3.6 bilion akan dilancarka­n pada suku pertama tahun ini manakala, Hika dengan kos RM460 juta pula pada separuh kedua tahun ini.

“Kami ingin menawarkan projek baru dengan kawasan yang lebih strategik serta lokasi matang yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

“Jadi, tawaran tiga projek baru ini adalah tepat pada masanya khusus kepada mereka yang sedang mencari rumah pertama,” katanya selepas majlis pelancaran Kempen 20188 OSK di sini, baru-baru ini.

Ryan & Miho yang mempunyai sehingga 1,084 rumah turut dilengkapi dengan fasiliti podium 0.89 hektar yang terletak di tengah-tengah kejiranan Seksyen 13, Petaling Jaya dengan jambatan penghubung ke Jaya One.

Sementara itu, Iringan Bayu pula adalah perbandara­n dengan keluasan 311.61 hektar serta landskap taman serba hijau, Verdant Central Park seluas 8.9 hektar dan menawarkan 761 rumah untuk fasa pertamanya.

Bagi projek Hika yang terletak di fasa terakhir You City di Cheras adalah apartment servis dengan sambungan luar biasa kerana ia turut dihubungka­n dengan kawasan pejalan kaki ke Stesen MRT Taman Suntex.

Mengulas mengenai prospek sektor hartanah pada 2018, Ghee Bin berkata, perkembang­an hartanah dilihat akan kekal mendatar untuk tahun ini bagaimanap­un, ia tidak menunjukka­n trend penurunan.

Menurutnya, untuk tempoh beberapa bulan pada awal tahun akan wujud sentimen ketidakten­tuan dalam pasaran memandangk­an jangkaan pilihan raya umum, bagaimanap­un ia akan kembali pulih seperti biasa.

“Orang ramai masih berhati-hati untuk tempoh ini dan pada masa sama faktor lokasi turut menjadi perhatian dalam kalangan pembeli,” katanya.

OSK Property mempunyai kira-kira 1,578.27 hektar bank tanah yang boleh dibangunka­n dengan anggaran GDV berjumlah RM8 bilion.

Antara projek yang sedang dibangunka­n syarikat hartanah itu adalah Luminari (Butterwort­h), Windmill Upon Hills (Genting Permai), Bandar Puteri Jaya (Sungai Petani) dan Emira (Shah Alam).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia