Harian Metro

Unjur pasaran hartanah pulih separuh kedua 2018

-

Lumpur: TAHPS Group Bhd yang dijenamaka­n semula sebagai Ayer Holdings Bhd menjangkak­an permintaan hartanah akan memulih pada dalam separuh kedua tahun ini di atas sentimen domestik dan pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Eugene Khoo berkata, prestasi ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan ini diterjemah­kan kepada peningkata­n dalam keyakinan pengguna dan seterusnya merangsang pembelian yang besar.

“Pasaran hartanah sedang bergerak ke arah penggabung­an kerana terdapat banyak stok yang tidak terjual sebelum ini.

“Oleh itu, pemaju perlu bijak dalam melancarka­n projek baru dengan mengambil kira permintaan untuk produk, lokasi dan harga yang bersesuaia­n,” katanya

pada pelancaran penjenamaa­n semula Ayer Holdings di sini.

Melalui cabang hartanahny­a Bukit Hitam Developmen­t Sdn Bhd, syarikat juga merancang untuk melancarka­n rumah bertanah mampu milik serta pangsapuri di Bukit Puchong.

Eugene berkata, syarikat itu juga berhasrat untuk bekerjasam­a dengan pembekal penjagaan kesihatan termasuk pendidikan untuk bandar yang dibinanya.

Eugene ketika bercakap mengenai penjenamaa­n semula berkata, ia adalah satu langkah yang penting bagi memudahkan orang ramai mengenali syarikat berkenaan sebagai satu jenama hartanah kerana nama asalnya agak sukar disebut.

“Apabila kami mencecah usia 110 tahun sebagai sebuah perbadanan pada tahun lalu, kami memutuskan untuk membuat penjenamaa­n semula kepada jenama yang akan memudahkan pihak berkepenti­ngan mengenalpa­sti serta bagi membezakan diri kami,” katanya.

Ayer adalah kumpulan hartanah yang mencatatka­n rekod penghantar­an yang sentiasa menepati jadual serta bajet, ia juga memiliki sejarah pertumbuha­n yang kukuh dan stabil.

“Kami mahu orang tahu perkara. Jadi, kami memerlukan satu jenama untuk memberi isyarat kepada dunia bahawa kami adalah pemaju yang mempunyai reputasi, dipercayai dan mempunyai sejarah sejak dari 1907,” katanya. Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melancarka­n Daftar Pengurus Harta di bawah Pindaan

Akta 242.

Menerusi pindaan itu, Akta 242 kini dikenali sebagai Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 yang diluluskan pada 17 Oktober lalu dan digazetkan pada 2 Januari lalu.

Majlis itu dirasmikan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan turut disaksikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai tanda usaha sama buat kali pertama membabitka­n dua kementeria­n dalam mengawal selia amalan pengurusan harta bagi harta strata.

Noh Omar berkata, pengurusan strata dikawal selia dengan sempurna akan membawa kesejahter­aan kepada rakyat dan keyakinan kepada pelabur.

 ??  ?? EUGENE (kiri) ketika pelancaran penjenamaa­n semula Ayer Holdings.
EUGENE (kiri) ketika pelancaran penjenamaa­n semula Ayer Holdings.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia