Harian Metro

UKM TAWAR KAMPUS DIGITAL

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Maxis Berhad bekerjasam­a dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan perkhidmat­an WiFi Maxis di 13 fakulti UKM seterusnya menjadikan UKM sebagai universiti pertama menawarkan kampus digital di Malaysia.

Ketua Produk Perusahaan Maxis Shanti Jusnita Johari berkata, perkhidmat­an itu memberi manfaat kepada 30,000 pelajar UKM khususnya dalam aspek penyelidik­an, pengajaran dan pembelajar­an.

“Selain pelajar, kemudahan disediakan memudahkan urusan pentadbira­n 10,000 kakitangan UKM meliputi beberapa institut penyelidik­an di seluruh negara,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara Maxis dan UKM di sini.

Hadir sama Pengerusi Maxis Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Menurutnya, kerjasama Maxis dan UKM itu dijalankan untuk tempoh tiga tahun sejak 2016 dan ia tidak terhad kepada penawaran sambungan Internet saja.

“Dalam tempoh ini, pelajar UKM berpeluang menjalanka­n latihan industri dan penyelidik­an dengan Maxis. “Ia sebahagian persediaan UKM memastikan graduan bersedia berdepan revolusi perindustr­ian 4.0 yang ternyata berbeza dengan industri semasa,” katanya.

Noor Azlan berkata, kerjasama dengan Maxis memberi manfaat besar kepada pelajar dan kakitangan UKM kerana ketika ini semua urusan berkaitan pembelajar­an dilakukan secara dalam talian.

“Sambungan Internet sangat penting untuk pelajar UKM kerana proses pembelajar­an termasuk kerja kursus dilakukan secara dalam talian.

“Ketika ini, kami mencatatka­n 12,000 permintaan sesaat melalui Sistem Pengurusan Pembelajar­an Berasaskan Portfolio yang dibangunka­n Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajar­an (CTELT) UKM dikenali sebagai iFolio,” katanya.

 Maxis sedia khidmat WiFi di 13 fakulti

 ??  ?? SHANTI Jusnita (kanan) bersama Dr Noor Azlan (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Ketua Perusahaan Maxis Long Tuck Wong sambil disaksikan Arshad (tengah).
SHANTI Jusnita (kanan) bersama Dr Noor Azlan (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Ketua Perusahaan Maxis Long Tuck Wong sambil disaksikan Arshad (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia