Harian Metro

SEMANGAT TAK CACAT

 Tukang sapu kurang upaya kerja tanpa henti sejak 12 tahun lalu

- Daily Mail Beijing

Seorang tukang sapu yang kurang upaya mendapat perhatian orang ramai di China apabila dilaporkan tidak pernah tinggal seharipun bekerja sejak 12 tahun lalu, malah gigih mula bertugas dari jam 4 pagi tanpa mengira cuaca buruk atau baik.

Shang Wuyi, 46, pekak dan bisu serta cuma mempunyai satu kaki, tetapi tidak pernah menggunaka­n kecacatann­ya sebagai alasan untuk tidak bekerja.

Seorang rakannya mendakwa dia jauh rajin berbanding pekerja lain dan tidak pernah bercuti langsung walaupun untuk sehari selain menggunaka­n tongkat untuk mengimbang­kan badannya ketika bertugas.

Shang berkata: “Saya suka bekerja kerana dilahirkan pada 1 Mei iaitu Hari Pekerja.”

Isteri Shang, Wang Yaqin juga tukang sapu dan pasangan itu sering bekerja bersama.

Pasangan suami isteri yang berkahwin sejak 21 tahun lalu itu ditugaskan menyapu empat jalan yang keseluruha­nnya berukuran kira-kira 1,000 meter.

Wang berkata, Shang dan adik perempuann­ya dilahirkan pekak kerana ibu mereka juga mengalami kecacatan sama.

“Malah, dia kudung kaki kiri ketika berusia tujuh tahun kerana digilis kereta api disebabkan tidak mendengar tren menghampir­i.

“Kami sangat memerlukan kerja ini, tetapi saya tahu suami sendiri memang sangat sukakan kerjanya. Menyedari kekurangan fizikalnya, dia bekerja lebih keras kerana mahu terus bekerja,” katanya dipetik Kan Kan News.

Rakannya Yao memberitah­u Huashang Newspaper syif bekerja bermula pada jam 4.30 pagi tetapi pasangan itu sengaja tiba setengah jam lebih awal setiap hari.

“Setiap hari, apabila kami baru sampai ke tempat kerja mereka sudahpun mula menyapu jalan. Jika isterinya tidak sihat dia datang pada jam 3 pagi untuk memastikan kerjanya disiapkan mengikut waktu ditetapkan.

“Beginilah dia sejak 12 tahun lalu. Seingat saya memang dia tidak pernah bercuti,” katanya.

Sementara itu, majikan Shang, Huang mengaku pada mulanya bimbang pekerjanya itu tidak mampu melaksanak­an tugas dengan baik.

“Tetapi sejujurnya daripada pengamatan saya, Shang memang sangat berkemampu­an. Dia bukan saja rajin, malah hasil kerjanya sangat memuaskan,” katanya.

Video Shang membersihk­an salji dari jalan di Xi’an tular baru-baru ini seterusnya menjadikan­nya popular di media sosial China.

Shang kudung kaki kiri ketika berusia tujuh tahun kerana digilis kereta api”

Wang

 ??  ?? SHANG menyodok salji untuk membersihk­an jalan. - Daily Mail
SHANG menyodok salji untuk membersihk­an jalan. - Daily Mail
 ??  ?? WANG (kiri) terus bertugas ketika suaminya berehat seketika. - Daily Mail
WANG (kiri) terus bertugas ketika suaminya berehat seketika. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia