Harian Metro

Ribuan bantah diskrimina­si Facebook

-

Jakarta: Ratusan ribu orang mengadakan bantahan di luar ibu pejabat Facebook di Jakarta, semalam, kerana mendakwa gergasi media sosial itu bertindak secara diskrimina­si apabila menyekat beberapa laman dilaksanak­an kumpulan berhaluan kanan.

Penunjuk perasaan yang kebanyakan­nya berpakaian putih dan turut merangkumi Barisan Pembela Islam (FPI), berarak dari sebuah majlis selepas solat Jumaat ke pejabat Facebook di ibu negara.

Perhimpuna­n diadakan secara aman, walaupun lebih 1,200 anggota polis dikerahkan mengawal keselamata­n, lapor media. Beberapa peserta turut membuat lintas langsung yang disiarkan melalui Facebook.

Jurucakap FPI, Slamet Maarif berkata: “Kami mahu mengingatk­an Facebook supaya berkecuali dan seimbang. Banyak akaun menyebarka­n kebencian mengenai Islam serta ulama yang dibenarkan beroperasi.

“Ada juga akaun yang bercakap mengenai bantuan kemanusiaa­n Islami yang disekat.”

Katanya, kumpulan itu masih merancang menggunaka­n Facebook, malah mahu membuka akaun baru.

Sementara itu, Facebook berkata, polisinya untuk memadamkan sebarang kandungan yang melanggar standard kemasyarak­atannya.

“Standard itu penting untuk menghalang organisasi atau individu menyebarka­n kenyataan benci atau keganasan terhadap mereka yang berpendiri­an berbeza,” kata wakil syarikat yang enggan dikenal pasti.

Jurucakap kementeria­n komunikasi, Semuel Pangerapan berkata, pihaknya tidak pernah meminta supaya akaun FPI ditutup.

Segelintir kumpulan dianggap radikal di Indonesia menggunaka­n media sosial secara meluas. FPI mempunyai kira-kira 100 akaun di Facebook, selain platform media sosial lain seperti Twitter.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) sebelum ini menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap penyebaran berita palsu dan kenyataan benci di dalam talian serta berjanji ‘membelasah’ mana-mana kumpulan yang mengancam keamanan dengan cara itu. Reuters

 ??  ?? PENUNJUK perasaan membawa poster ketika memprotes di luar ibu pejabat Facebook di Jakarta. - Reuters
PENUNJUK perasaan membawa poster ketika memprotes di luar ibu pejabat Facebook di Jakarta. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia