Harian Metro

Empat maut berebut makanan SUMBAT SAMPAI MATI

- Daily Mail

Caracas: Empat orang terbunuh dan 15 lagi cedera dalam keganasan yang tercetus ketika berebut menjarah makanan di Venezuela, lapor media tempatan dan anggota parti pembangkan­g, semalam.

Kejadian semalam menjadikan jumlah kematian akibat berebut makanan seramai enam orang sejak Disember lalu.

Penduduk di Arapuey, barat Venezuela itu sejak beberapa hari lalu menyasarka­n kedai untuk menjarah makanan dengan kira-kira 100 orang ditahan, kata anggota pembangkan­g Carlos Paparoni.

Seorang lagi ahli Parlimen, Gaby Arellano berkata, kawasan itu kini dipenuhi askar dan polis, manakala pemilik premis perniagaan berusaha melindungi harta benda mereka.

Venezuela berdepan krisis ekonomi akibat kejatuhan harga minyak, inflasi dan rasuah yang menyelubun­gi negara itu. Beberapa bandar dan pekan lain juga berlaku penjarahan.

Pada Rabu lalu, seorang remaja berusia 19 tahun mati ditembak selepas ratusan orang menjarah lori membawa ayam serta tepung di Guanare.

Manakala pada 31 Disember lalu, seorang remaja perempuan juga berusia 19 tahun mati ditembak di kepala, dilaporkan oleh seorang askar, ketika beratur membeli daging babi yang diedarkan kerajaan. - AFP

Seorang wanita dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh anak perempuann­ya berusia 33 tahun dengan menyumbat salib ke dalam tekaknya kononnya ketika upacara menghalau hantu.

Juanita Gomez, 51, didapati bersalah atas kematian ngeri anaknya, Geneva, pada Ogos 2016.

Dalam kejadian itu, polis dipanggil ke rumah keluarga terbabit di Oklahoma City selepas teman lelaki mangsa, Francisco Merlos, menemui mayatnya yang lebam dan berlumuran darah terbaring atas lantai, manakala salib besar turut ditemui atas dadanya.

Ketika perbicaraa­n, Merlos berkata, dia berulang kali

 Ibu dipenjara seumur hidup bunuh anak perempuan dengan kejam kononnya

untuk halau hantu

bertanya kenapa Juanita tidak mendapatka­n bantuan untuk Geneva, namun wanita itu cuma berulang kali menyebut mengenai ‘syaitan dan wang’ selain mendakwa mangsa dirasuk hantu.

Selepas satu pergelutan, Merlos berjaya melarikan diri dari rumah itu dan menghubung­i polis.

Dokumen mahkamah menunjukka­n Juanita mendakwa anaknya bercakap bahasa pelik pada malam sebelum kematianny­a dan mengancam membunuhny­a menyebabka­n tertuduh menyumbat salib ke dalam mulut mangsa yang tersangkut di tekaknya.

Juanita berkata, dia menyaksika­n anaknya mati selepas darah keluar membuak-buak dari mulutnya.

Penolong Pendakwa Negeri Suzanne Lavenue menggambar­kan keadaan dalam rumah itu sengeri yang lazim dilihat dalam filem seram.

Pakar psikologi forensik yang turut memberi keterangan di mahkamah mendapati Juanita cukup waras untuk dibicaraka­n malah berpura-pura mengalami hilang ingatan serta masalah mental untuk nampak seperti tidak siuman.

 ??  ?? GENEVA
GENEVA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia