Harian Metro

TIADA SELAYAK ZHULIANG

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

Program Podium masih mencari jurulatih skuad terjun negara bagi menggantik­an Yang Zhuliang namun kekosongan itu dijangka sukar diisi dalam masa terdekat.

Pengarah Program Podium, Tim Newenham berkata, perkara itu timbul berikutan tidak mudah untuk mencari jurulatih berkelas dunia yang boleh mengendali­kan skuad terjun negara.

“Program Podium bersifat terbuka dan dinamik di mana ada atlet yang akan masuk dan ada atlet yang akan keluar, kata Newenham pada sidang media di Bukit Jalil, semalam.

“Kami sentiasa menjalanka­n penilaian ke atas program ini dalam tempoh enam bulan sekali dan bagi skuad terjun, penilaian akan dilakukan selepas Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Indonesia.

“Namun, tidak ramai yang memiliki kemampuan untuk mengendali­kan skuad terjun negara dan tidak ramai juga yang boleh mengambil tawaran untuk mengisi kekosongan itu.

“Bukan hanya daripada negara asal mereka, ia mungkin daripada mana-mana negara yang berjaya mencatatka­n kejayaan dalam sukan terjun. Pilihan kami sentiasa terbuka.”

Pada masa sama, Newenham mengakui beliau gembira dengan kombinasi jurulatih sementara skuad terjun negara, Zhang Yukun yang akan dibantu jurulatih yang baru

dilantik, Christian Brooker

(gambar).

“Dengan mengambil kira jurulatih berkelas dunia yang ada, kami gembira dengan apa yang kami miliki setakat ini. Saya berpendapa­t kita memiliki formula kemenangan daripada Yukun dan juga Brooker.

 Belum ada calon sesuai isi kekosongan jawatan

jurulatih skuad terjun bagi Program Podium

“Satu perkembang­an yang baik dengan menjadikan Yukun sebagai ketua jurulatih sementara kerana kami mahu mengekalka­n rentak positif seperti sebelum ini dan membawa masuk Brooker untuk penggunaan sains sukan dengan lebih kerap.

“Ia adalah keputusan secara kolektif yang dibuat bersama Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM),” katanya.

 ??  ?? ZHULIANG (kanan) bersama atlet terjun, Ahmad Amsyar Azman pada KL2017 lalu.
ZHULIANG (kanan) bersama atlet terjun, Ahmad Amsyar Azman pada KL2017 lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia