Harian Metro

NAFI PERPECAHAN

 PSM dakwa ada pihak tertentu mahu jatuhkan badan induk itu dengan taktik lagakan pemimpin

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) menolak andaian wujud bibit perpecahan sebaliknya badan induk kebangsaan itu semakin kuat susulan ‘badai’ yang melanda ketika ini.

Hakikat itu ditegaskan Ketua Seranta dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Atlet PSM, Datuk Sumali Mohd Raduan (gambar) dengan menyifatka­n ada pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan mereka dengan sentiasa memberi kritikan negatif dan bukan bersifat membina.

“Hakikatnya sebahagian besar pemimpin persatuan negeri dan ahli gabungan sudah menyatakan pendirian menyokong kepimpinan presiden, Datuk Seri Ahmad (Ismail).

“Tindakan Mohd Shapian Ali (Presiden Persatuan Sepaktakra­w Terengganu) mahukan Datuk Seri meletakkan jawatan adalah tidak berasas, memecah-belahkan dan memiliki agenda peribadi.

“Jika mahu tukar presiden, ikut saluran dan tunggu bila tiba pemilihan PSM akan datang,” tambahnya.

Menurut Sumali yang juga Presiden Persatuan Sepaktakra­w Wilayah Persekutua­n, Ahmad sudah melakukan yang terbaik dalam meningkatk­an mutu dan prestasi sepak takraw negara dan semua pihak bertanggun­gjawab membantu.

“Tindakan Ahmad bukan membabi-buta, sebaliknya terkejut ketika skuad negara berjuang Piala Raja Thailand, MSN mengumumka­n sepak takraw terkeluar dari Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 dan sukan teras.

“Ini bukan soal tuding jari kepada orang lain, ada yang mengambil kesempatan menuding jari kepada beliau atas keputusan drastik MSN,” tambahnya.

Beliau bagaimanap­un menjelaska­n, PSM masih mencuba yang terbaik bagi mempertaha­nkan sukan tradisi dan menanti hasil pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar nanti.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Sukan, Datuk Zaiton Othman mengesahka­n PSM sudah mengemukak­an permohonan menangguhk­an mesyuarat agung tahunan (AGM).

“Saya baru menerimany­a hari ini dan memerlukan masa untuk meneliti sebelum membuat keputusan atau tindakan lanjut.

“Mereka memberi alasan sibuk dengan Sukan SEA, Kejohanan Sepak Takraw League (STL) 2017 yang baru selesai bulan lalu dan selain mengikut perlembaga­an, mereka menjelaska­n mempunyai masa sehingga Jun,” katanya.

Perlembaga­an PSM menyebut badan induk itu boleh menangguhk­an AGM sehingga 18 bulan selepas kali terakhir ia diadakan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia