Harian Metro

KLHC kekal kejuaraan kali kelima

- Malik Muhamad sukanteam@nstp @com.my

Kuala Terengganu: Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mempertaha­nkan gelaran Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut selepas berjaya menumpaska­n musuh tradisi, Pasukan Hoki Terengganu (THT) 5-4 menerusi penentuan pukulan penalti di Stadium Hoki Batu Burok di sini, semalam.

Kekalahan THT itu sekali gus meranapkan impian skuad berkenaan untuk mencipta sejarah kali pertama meraih trofi berkenaan selepas kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi aksi sebenar.

Keputusan itu membolehka­n KLHC dan THT berkongsi satu mata pada perlawanan pertama Liga Hoki Malaysia (MHL) tersebut.

Terdahulu, THT yang gagal mempertaha­nkan Piala Tan Sri P Alagendra Ahad lalu bermula garang dengan asakan bertubi-tubi ke kubu gol lawan dan nyaris mendahului KLHC pada minit ke-13 menerusi Joaqin Menini namun pukulan kencang pemain itu sedikit tersasar di atas palang gol.

Tersentak asakan itu pasukan pelawat bimbingan jurulatih, Lim Chiow Chuan memperkema­skan asakan dan berjaya mendapat jaringan pendahulua­n melalui pukulan sudut penalti bekas pemain THT, Jang Jonghyun.

Dua minit kemudian, THT mendapat pukulan sudut penalti pertama tetapi pukulan yang diambil pakar pukulan sudut penalti dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat gagal menemui mulut gol sekali gus terselamat gawang KLHC.

KLHC yang kerap bertahan berjaya mengukuhka­n kedudukan 2-0 melalui jaringan padang Muhammad Hafizuddin Zaidi pada minit ke-24 perlawanan.

THT yang beraksi di depan penyokong sendiri terus berusaha untuk merapatkan kedudukan namun kekebalan benteng pertahanan pelawat mengecewak­an kem THT biarpun berpeluang meledak jaringan pertama menerusi Lopez Barreiros pada minit ke-25.

Bersambung babak kedua skuad bimbingan Sarjit Singh berjaya merapatkan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-44 menjadikan kedudukan 2-1.

Ketika perlawanan seakan-akan memihak kepada KLHC, Peillat tampil meledak jaringan penyamaan menerusi pukulan penalti stroke dua minit sebelum tamat permainan untuk mengheret perlawanan ke pukulan penalti shoot out.

Dengan kemenangan itu KLHC berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih yang disampaika­n Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

 ?? FOTO: GHAZALI KORI ?? PASUKAN KLHC meraikan kemenangan menjulang Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut.
FOTO: GHAZALI KORI PASUKAN KLHC meraikan kemenangan menjulang Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia