Harian Metro

Atwal kagum aksi Haotong

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Shah Alam: Kapten pasukan Asia, Arjun Atwal nyata kagum dengan persembaha­n pemain golf dari China, Li Haotong selepas membantu pasukan Asia memenangi saingan fourball dengan keputusan 3 ½ – 2 ½ ke atas pasukan Eropah di Kelab Golf dan Country Glenmarie, semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu yang berganding­an dengan pemain golf tempatan, Nicholas Fung memberikan kelebihan kepada pasukan Asia apabila mengatasi pasangan Bernd Wiesberger-Rafael Cabrera selepas dia membenam birdie di lubang ke-18 yang menjadi pukulan yang tidak dapat dilupakan oleh Arjun.

“Persembaha­n yang menakjubka­n. Pada lubang ke-18, saya menjangkak­an aksi akan menjadi lebih sukar tetapi selepas menyaksika­n birdie dilakukan, itu adalah salah satu perkara paling kritikal pernah saya saksikan sepanjang hidup saya,” kata Arjun.

Juara lapan kali Jelajah Asia itu turut mengakui pertembung­an antara Poom Saksansin dan Kang Sunghoon menentang pasukan Eropah sedikit sebanyak membantu pasukan Asia beroleh motivasi awal.

Gandingan terbabit beraksi cemerlang apabila Kang banyak membenam birdie untuk membolehka­n mereka terus menghambat juara empat kali Piala Ryder, Henrik Stenson yang berganding­an bersama Alex Levy.

Pasukan Asia terus membuktika­n betapa mereka tidak boleh dipandang rendah apabila pemain golf tempatan, Gavin Green yang berganding­an dengan Yuta Ikeda berjaya membenam gandingan Belgium-England, Thomas Pieters- Englishmen Matt Fitzpatric­k.

“Ia adalah persembaha­n yang mantap meskipun permulaan yang sedikit goyah buat kami. Namun berjaya melakukan pukulan yang baik memberikan kelegaan kepada saya,” kata Gavin yang muncul pemain Malaysia pertama merangkul Order of Merit Jelajah Asia.

Perlawanan ketiga menyaksika­n Arjun menurunkan pemain veteran, Hideto Tanihara berganding­an bersama pemain muda, Phachara Khongwatma­i yang membuat penampilan pertamanya pada edisi ini dan percaturan­nya menjadi apabila mereka meraih kemenangan ke atas Alex Noren-Paul Dunne.

Bagaimanap­un, kapten pasukan Eropah, Thomas Bjorn menurunkan gandingan terkuat menampilka­n juara tiga kali Piala Ryder, Paul Casey dan pemain nombor satu Eropah, Tommy Fleetwood yang berjaya menewaskan gandingan An Byeonghun-Kiradech Aphibarnra­t.

Pasukan Eropah terus mengutip mata apabila gandingan Ross Fisher-Tyrrell Hatton turut meraih kemenangan ke atas gandingan Anirban Lahiri-S.S.P Chawrasia.

Memasuki hari kedua saingan terbabit, Arjun enggan memisahkan gandingan yang sudah semakin serasi dan akan terus mengekalka­n gandingan yang sama buat pasukan Asia sementara Bjorn dijangka melakukan rombakan ke atas semua saingan untuk pertembung­an hari ini. Kuala Lumpur: Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak meletakkan sebarang sasaran kepada barisan pelumba negara yang menggalas cabaran pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) bagi disiplin lebuh raya bulan depan.

Jelas Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab, seramai 17 pelumba disenaraik­an bersama 12 pegawai bagi menyertai kejohanan di Nay Pyi Taw, Myanmar itu.

“Senarai muktamad sudah dihantar kepada penganjur semalam. Kami tidak menetapkan sebarang sasaran namun berharap mereka mampu menghadirk­an prestasi terbaik pada perlumbaan taraf Asia ini.

“Penyertaan pelumba terdiri daripada ahli gabungan PKBM dan kelab. Mereka memohon dan kami tidak mempunyai masalah membenarka­nnya. Jadi mereka adalah gabungan pelumba dari Terengganu, Selangor, Perak, Team Sapura Cycling (TSC) dan Junior Cycling Malaysia (JCM),” jelasnya.

Tiga pelumba TSC akan bersama pemenang emas acara ujian masa berpasukan Sukan SEA, Nik Azwan Zulkiflie beraksi dalam saingan elit lepas beramai-ramai.

Manakala pelumba berpengala­man, Fauzan Lutfi disenaraik­an dalam ujian masa individu selain Norhasmat Abdul Aziz bagi kategori masters (40-44 tahun).

PKBM turut menghantar empat pelumba wanita beraksi dalam kategori B-23 bagi acara lepas beramai-ramai dan ujian masa individu diketuai pelumba kebangsaan Nur Aisyah Zubir.

(gambar)

 ??  ?? HAOTONG meraikan kemenangan ketika bertemu pasukan Eropah, Rafa Cabrera Bello dan Bernd Wiesberger pada Kejohanan Piala Eurasia 2018.
HAOTONG meraikan kemenangan ketika bertemu pasukan Eropah, Rafa Cabrera Bello dan Bernd Wiesberger pada Kejohanan Piala Eurasia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia