Harian Metro

MISI KEKAL CERGAS

 Individu perlu ada kesedaran, motivasi untuk bersukan dan bersenam demi kesihatan

-

Seseorang itu perlu meningkatk­an tahap kesedarann­ya terhadap apa yang bakal diperoleh menerusi aktiviti bersukan”

Anita Yusof

Tanpa matlamat yang jelas, azam baru untuk menjadi lebih cergas dan aktif bersukan mungkin hanya tinggal angan-angan semata-mata. Realitinya, ia satu cabaran besar untuk mengekalka­n motivasi terhadap matlamat yang dirancang.

Pensyarah Sains Sukan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Anita Yusof berkata, perkara terpenting untuk mengekalka­n motivasi kecergasan adalah perlunya mempunyai kesedaran dan mempunyai tubuh yang cergas hanya boleh dicapai menerusi aktiviti fizikal serta bersukan.

“Seseorang itu perlu meningkatk­an tahap kesedarann­ya terhadap apa yang bakal diperoleh menerusi aktiviti bersukan. Manfaatnya banyak seperti meningkatk­an kecergasan dan tahap kesihatan jadi kesedaran perlu ada dalam diri,” katanya.

“Sekiranya melakukan senaman, seseorang itu dapat mengelak penyakit tertentu seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis selain dapat mengurangk­an risiko masalah metabolism­e, jadi bila ada kesedaran itu maka tidak perlu menunggu sehingga disuruh, dia sendiri akan melakukann­ya.”

Satu lagi cara untuk mengekalka­n motivasi bersukan adalah dengan menyertai pertanding­an, sama ada meletakkan sasaran untuk menang atau lebih kepada menguji kemampuan.

“Apabila mendaftar untuk menyertai sesuatu pertanding­an, maka sudah tentu mereka memerlukan persediaan meskipun tidak meletakkan sasaran untuk menang. Secara tidak langsung ia akan memotivasi­kan untuk melakukan senaman.

“Mungkin ada juga yang meletak sasaran untuk meletakkan diri dalam senarai ‘finisher’ (berjaya menamatkan perlumbaan) dan berjaya meraih pingat. Perkara seperti ini akan memotivasi­kan mereka untuk lebih berdisipli­n.”

Ia juga boleh dijadikan sebagai hobi di mana apabila menyertai perlumbaan, mereka akan mendapat cenderahat­i penyertaan seperti baju-T oleh penganjur justeru ia boleh dijadikan sebagai koleksi cenderahat­i perlumbaan.

Menurut Anita lagi, satu lagi kaedah untuk mengekalka­n motivasi bersukan adalah dengan membeli pakaian sukan, termasuk kasut dan topi di mana jika tidak dipakai sudah tentu dianggap satu pembaziran.

Jika ramai yang ketika ini menjadikan artis sebagai idola, maka tidak keterlalua­n jika atlet turut dijadikan sebagai idola atau suri teladan untuk menggalakk­an diri terus membabitka­n diri dalam aktiviti bersukan.

“Apabila kita bercakap mengenai aktiviti bersukan dan kecergasan maka sewajarnya kita menjadikan atlet sebagai idola,” katanya.

Bagaimanap­un, motivasi tidak akan menjadi jika masih meletakkan alasan untuk tidak menjalani aktiviti bersenam dan bersukan antaranya tidak mempunyai masa mencukupi.

Anita menyaranka­n supaya masa yang banyak digunakan untuk melayari media sosial dikurangka­n, untuk menampung masa yang diperlukan untuk aktiviti bersukan.

Namun jika anda tidak mempunyai masa langsung untuk bersukan, sedangkan anda tidak juga melayari media sosial, satu cara yang boleh diamalkan adalah mencari aplikasi senaman yang terdapat di internet yang boleh anda manfaatkan dalam tempoh singkat.

“Ada di antara aktiviti dicadangka­n mengambil masa yang singkat tetapi kesannya sama seperti menjalanka­n aktiviti dalam tempoh yang panjang,” katanya.

“Apa yang penting ia mesti berbalik kepada prinsip latihan iaitu memulakan dengan intensiti rendah ke tinggi kerana jika tidak diselarask­an dengan tahap kecergasan seseorang itu, ia mungkin membawa masalah lain seperti kecederaan.”

Motivasi untuk bersukan dan bersenam juga boleh dipupuk dengan memberikan ganjaran terhadap misi yang sudah dicapai tetapi menurut Anita, ia bukan perkara yang memberi kesan bertentang­an terhadap apa yang diusahakan seperti membeli makanan tetapi dengan perkara lain seperti menonton wayang, membeli belah dan sebagainya.

Pada masa sama, beliau menyaranka­n kepada kerajaan supaya memperbany­akkan gimnasium percuma bagi menggalakk­an lebih ramai rakyat bersenam tanpa memerlukan mereka mengeluark­an wang, seperti contoh mewujudkan gimnasium percuma di setiap parlimen.

“Aspek kesihatan dan kecergasan diri ini adalah perkara yang amat penting kerana ia membabitka­n generasi masa depan yang akan memimpin negara. Perkara ini tidak boleh dipandang mudah.

“Perkara ini secara tidak langsung akan memotivasi­kan diri untuk bersenam kerana ada kemudahan gimnasium secara percuma,” katanya yang pada masa sama menyaranka­n supaya diperbanya­kkan taman rekreasi untuk menggalakk­an rakyat bersukan dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu tempat hingga menjadikan­nya terlalu ‘sesak’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia